Berita mengejutkan datang dari artis Korea iaitu Jo Jung Min. Baru-baru ini, penyanyi yang juga merupakan seorang pelakon itu secara mengejut mendedahkan bahawa dia menghidap kanser tiroid semasa dia tampil dalam sebuah pertandingan nyanyian yang disertainya.
Pastinya berita tentang keadaan kesihatan Jo Jung Min yang kurang baik itu terus mengundang simpati orang ramai dan mereka turut mendoakan kesembuhan buatnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi, berikut merupakan berita selengkapnya tentang Jo Ju Min yang telah didiagnonis dengan penyakit kanser tiroid.
1. Artis Korea Jo Jung Min dedah tentang penyakit kanser yang dialaminya sewaktu tampil dalam program MBN Hyun Yuk Ga Wang
Jo Jung Min berkongsi tentang keadaan kesihatannya kepada orang ramai sewaktu menyertai pertandingan nyanyian anjuran saluran MBN iaitu Hyun Yuk Ga Wang yang ditayangkan pada 13 November 2023 yang lalu. Pada waktu itu, dia menyanyikan lagu “Ready, cue” yang disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin.
Walau mendapat sambutan yang sangat meriah dari para penonton, sayangnya juri hanya memberinya skor sebanyak 13 sahaja, skor paling rendah dalam pertandingan itu. Selepas menerima markah dari juri, dia mendedahkan bahawa kemungkinan dia tidak boleh lagi menyanyikan lagu tersebut.
“Ada kemungkinan saya tidak akan mampu menyanyikan lagu ini lagi,” kata Jo Jung Min yang membuatkan para penonton dan juri kebingungan.
2. Selama ini dia menyembunyikan keadaannya dari semua orang
Jo Jung Min akan menjalani pembedahan dan menyatakan kemungkinan dia tidak dapat naik ke pentas lagi. Jo Jung Min kemungkinan tidak akan mampu menyanyikan “Ready, cue” lagi kerana dia telah didiagnosis menderita kanser tiroid. Bahkan penyanyi yang dilahirkan pada tahun 1983 itu baru sahaja menjalani pembedahan pada bulan Jun yang lalu dan kini mula mengundang simpati orang ramai.
“Sejujurnya, saya menjalani pembedahan kanser tiroid pada Jun. Jadi, saya rasa saya tidak akan pernah dapat menyanyikan lagu “Ready, cue” ini lagi. Saya menyembunyikan prosedur pembedahan dari semua orang, termasuk ibu saya. Tetapi hari ini saya boleh menyanyi,” katanya.
3. Jo Jung Min tetap berusaha untuk menghiburkan penonton
Walau keadaannya yang membuatkan dirinya waktu ini tidak boleh tampil dengan persembahan paling maksimum di atas pentas, Jo Jung Min menyatakan bahawa dia berharap lagunya dapat menghiburkan dirinya dan penonton yang mendengar pada acara pertandingan nyanyian tersebut.
“Saya ingin menghibur bukan hanya diri saya sendiri, tetapi semua orang yang mendengarnya,” lanjut bintang The Cursed Lesson tersebut.
Penyanyi Lee Ji Hye juga memuji Jo Jung Min yang berani berkongsi keadaan kesihatannya itu selepas mendapat markah dari para juri untuk persembahannya. Walau meraih markah paling rendah, tetapi dia gembira kerana boleh membuat persembahan dan menghiburkan para penonton. Semoga cepat sembuh ya!