Home New Post Jocelyn Chia Beri Respon, Jika Interpol Terlibat

Jocelyn Chia Beri Respon, Jika Interpol Terlibat

0

Jocelyn Chia merupakan pelawak komedi yang pernah ditular di media sosial kerana beberapa kali dengan sengaja mempersenda Malaysia dalam sketsa komedinya.

Pelawak itu menyentuh isu kontroversi berkaitan tragedi kehilangan pesawat milik Malaysia, MH370 dalam komedi yang dipersembahkan. Malah wanita ini juga membangkitkan isu perkauman serta membandingkan kemajuan antara Malaysia dan negaranya.

Menurut beliau, ekonomi Malaysia jauh lebih rendah dan masih dikategorikan sebagai negara yang sedang membangun, berbanding Singapura yang diiktiraf sebagai negara dunia yang pertama.

klm

Jocelyn Chia kini tampil memberi penjelasan kepada BBC, bahawa beliau tidak berniat mempersendakan tragedi dan mangsa MH370 sebagai bahan lawak di sketsa komedinya ketika itu. Malah pelawak ini, yang dibesarkan di Singapura, melihat penglibatan Interpol sebagai tidak masuk akal.

“Saya harap saya dapat melihat pegawai Interpol yang menerima arahan ini”
“Jika inerpol melakukan sesuatu mengenai permintaan ini, bolehkah anda bayangkan betapa terkenalnya saya nanti?”

Selasa lalu, Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Acryl Sani Abdullah memaklmkan permohonan akan dibuat kepada Interpol untuk mendapatkan identiti penuh Chia dan lokasi terkini.

Interpol juga meaklumkan belum menerima permintaan bantuan dalam kes itu daripada polis Malaysia.

cvb

Jocelyn Chia turut mengatakan, skrip yang berasaskan roasting atau menyindir penonton adalah sebahagian daripada budaya kelab komedi di New York. Malah, pelawak di Amerika sering menggunakan serangan pengganas 11 September sebagai bahan jenaka mereka.

“Saya telah mempersembahkan jenaka yang sama beratus kali dan juga melakukan versi yang lebih pendek di Singapura. Ia sentiasa berjaya membuat penonton ketawa. Saya tidak akan menggunakan jenaka yang sama jika ia tidak berkesan”

Netizen turut memberi komen mengenai respon Jocelyn Chia, mengatakan beliau tidak seharusnya berasa bangga jika dirinya terbabit dengan Interpol dan perkara itu sememangnya tidak bagus. Ada juga yang menjadikan ia sebagai bahan lawak diruangan komen. Isu ini juga membuatkan para warganet bengang dan pelbagai kecaman yang dilemparkan kepadanya.

Lihat apa kata orang ramai:

Maryam Mahmood: Terkenal dengan sesuatu yang tidak baik jauhkan la..

Zarith Zameri: No worries..our intention is actually to make you famous enough hence Interpol involvement.. all the best in your future endevours..

Mohdyatim Yatim: Repot ditempat standup comedy berlaku baru dia tahu kesan

Jer Jas: kerana mulut badan binasa…sampai waktu nya kamu akan menyesal nanti.buat masa ni berbangga lah kamu dulu

Azri Said: Popular tp kesannya merugikan, menyusahkan, menutup periuk nasi sendiri, merosak punca pendapatan….apalah guna nya populariti itu ahsoh…

Badri Abdullah: Popular diminati ramai itu yg penting, ini popular sbg yang paling dibenci takda guna.

Hafizul Pijoy: Dia dah goyang sebenarnya.. Popular celah mana.. Ko bukan dapat award mcm dato michel yeoh.. Ko dapat gari besi..

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Awani