Bagi yang telah menantikan comeback (kemunculan semula) Park Joo Mi, pelakon terkenal ini telah dipilih sebagai pelakon utama untuk drama TV Chosun, Durian’s Affair.
Drama siri ini menceritakan tentang ibu dan menantu dari Dinasti Joseon yang melakukan pengembaraan waktu ke masa depan.
Dibintangi oleh Park Joo-mi, Choi Myung-gil, Kim Min-jun, Han Da-gam, Jeon No-min, Yoon Hae-young, Ji Young-san, Yoo Jeong-hu dan Lee Da-yeon.
Sebelum menjadi bintang seperti sekarang, pelakon yang membawa watak Du Ri An ini sudah banyak berlakon dalam drama Korea.
Jom sama-sama kita lihat beberapa fakta menarik mengenai Park Joo Mi:
1. Biodata Park Joo M
Nama sebenar: Park Joo Mi
Nama pentas: Park Joo Mi
Tempat & tarikh lahir: Seoul, Korea Selatan, 5 Oktober 1972 Kewarganegaraan: Korea Selatan
Pendidikan: Institut Seni Seoul; Universiti Sungkyunkwan Zodiak: Libra
Tinggi: 163 cm
Kumpulan darah: A
Suami: Lee Jang Won (berkahwin 2001)
Instagram: @_parkjoomi_
2. Perjalanan karier Park Joo Mi
Park Joo Mi adalah pelakon senior Korea Selatan yang masih aktif di dunia seni lakon hingga kini. Dia membuat debut lakonan menerusi drama siri Eyes of Dawn yang ditayangkan di MBC pada tahun 1991. Pada tahun yang sama, dia juga membintangi drama Our Paradise sebagai Myung Jin.
Setelah itu, hampir setiap tahun dia mendapat peluang untuk berlakon dalam drama, seperti Walking All the Way to Heaven (1993), Dad Is the Boss (1996), serta Beautiful Seoul (1999).
Namun, dia memutuskan untuk menyepikan diri selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 2001.
Setelah 10 tahun berehat dari dunia hiburan, dia akhirnya kembali menyapa para peminat dengan muncul dalam filem Man of Vendetta (2010) yang sekaligus menjadi filem debutnya. Kemudian, dia kembali tampil dalam Believe in Love (2011).
Pada tahun 2021, popularitinya meroket lagi setelah dia berlakon dalam drama Love (ft. Marriage and Divorce). Setahun selepas itu, dia kembali dalam musim baru, Love (ft. Marriage and Divorce) 3. Pada tahun 2023, Park Joo Mi dipilih sebagai pelakon utama drama siri Durian’s Affair.
3. Filem dan drama lakonan Park Joo Mi
● The Last Princess (2016), sebagai Yang Gwi In
● Man of Vendetta (2010), sebagai Park Min Kyung
Drama:
● Durian’s Affair (2023), sebagai Du Ri An
● Love (ft. Marriage and Divorce) 3 (TV Chosun | 2022), sebagai Sa Pi Young
● Love (ft. Marriage and Divorce) 2 (TV Chosun | 2021), sebagai Sa Pi Young
● Love (ft. Marriage and Divorce) (TV Chosun | 2021), sebagai Sa Pi Young
● Gangnam Beauty (JTBC | 2018), sebagai Na Hye Sung
● Come and Hug Me (MBC | 2018), sebagai Ji Hye Won
● The Flower in Prison (MBC | 2016), sebagai Chung Nanjung
● Blood Han (KBS2 | 2015), sebagai Sun Young
● The Story of Kang Goo (SBS | 2014), sebagai Yang Moon Sook
● The King’s Dream (KBS1 | 2012), sebagai Ratu Seondeok
● A Gentleman’s Dignity (SBS | 2012), sebagai Kim Eun Hee
● Believe in Love (KBS2 | 2011), sebagai Seo Hye Jin
● Ladies of the Palace (SBS | 2001), sebagai Gisaeng Ok Mae Hyang
● Feels Good (MBC | 2000), sebagai Eun Young
● School 3 (KBS1 | 2000), sebagai Kim Jung In
● Ajumma (2000 | MBC), sebagai Jang Ah Young
● School 2 (KBS2 | 1999), sebagai Kim Jung In
● Hur Jun (MBC | 1999), sebagai Lady Kim, Gong Bin
● Beautiful Seoul (MBC | 1999), sebagai Yoo Hye Won
● The Angel Within (KBS2 | 1997)
● One Thousand and One Nights (SBS | 1997)
● Woman Eating Bap Alone (SBS | 1997), sebagai anak perempuan
● Jo Gwang-jo Ratu Janggyeong (KBS2 | 1996)
● Dad Is the Boss (SBS | 1996)
● Kkachi (SBS | 1994), sebagai Baek So Ra
● Three Families Under One Roof (MBC | 1994), sebagai Im Ji Ae
● Kareisky (MBC | 1994)
● Walking All the Way to Heaven (MBC | 1993), sebagai adik perempuan Gu Yeon Soo
● Mountain Wind (MBC | 1993)
● Eyes of Dawn (MBC | 1991)
● Our Paradise (MBC | 1991),sebagai Myung Jin
Program TV:
● Forsythia Academy (2022), sebagai bintang undangan
● Mulberry School Season 2 (2021), sebagai bintang undangan
● Mulberry School Season 1 (2020), sebagai bintang undangan
● Hangout with Yoo (2019), sebagai bintang undangan
● Heo Young Man’s Food Travel (2019), sebagai bintang undangan
● Photo People (2017), sebagai bintang undangan
● Let’s Eat Dinner Together (2016), sebagai bintang undangan
● My Little Old Boy (2016), sebagai bintang undangan
● The Swan Club (KBS2 | 2017), sebagai anggota
● Brave_Family (2015)
● 반달이 준 선물 (KBS1 | 2014), sebagai pengacara
● Yeo Yoo Man Man with Lee Hong Ryeol and Park Joo Mi (KBS2 | 2013-2015),
sebagai pengacara
● Scoop Entertainment City (MBC | 1996), sebagai pengacara
● Today Is a Good Day (MBC | 1995), sebagai pengacara
● Between Night and Music (KBS2 | 19994), sebagai pengacara
4. Fakta menarik Park Joo Mi
● Sebelum bergelar seorang pelakon, dia pernah menjadi model untuk Asiana Airlines.
● Lee Jang Won, suaminya yang dia kahwini pada 2001 adalah seorang ahli
perniagaan.
● Park Joo Mi memutuskan untuk menyepi dari dunia seni bagi menguruskan keluarga
kecilnya.
● Dia dikurniakan dua orang anak lelaki yang lahir pada 2002 dan 2007.
● Selama menyepikan diri sebagai pelakon, dia mengisi waktunya dengan menjadi
bintang iklan dan menjadi pengacara Yeo Yoo Man Man sejak tahun 2003 hingga
2005.
● Dia mendapatk watak Ratu Seondeok dalam The King’s Dream pada 2012. Sayangnya, dia hanya boleh berlakon dalam 18 episod dari jumlah 70 episod kerana terlibat dengan nahas kemalangan jalan raya sewaktu dalam perjalanan menuju ke lokasi penggambaran.
● Pada 2019, dia menandatangani kontrak dengan Huayi Brothers
5. Park Joo Mi dipilih sebagai pelakon utama drama Durian’s Affair
Baru-baru ini, Park Joo Mi dipilih sebagai pelakon utama dalam drama Durian’s Affair. Park Joo Mi akan membawa watak sebagai Du Ri An, wanita dari keluarga bangsawan di Dinasti Joseon yang mempunyai perwatakan lembut, tetapi sebenarnya luar biasa.
Drama terbaru Park Joo Mi ini boleh dinonton sejak 24 Jun 2023 lalu melalui platform Viu, Selain Park Joo Mi, drama Durian’s Affair ini juga dibintangi oleh Choi Myung Gil, Kim Min Joon, dan juga Jeon No Min.
Jadi jangan lupa pastikan anda menonton drama menarik ini di platform striming Viu ya!!