Home News Jual Duit Lama 1 Ringgit Boleh Dapat Sebanyak RM2,600

Jual Duit Lama 1 Ringgit Boleh Dapat Sebanyak RM2,600

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok wanglamamalaysia, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang lelaki yang menjual duit RM1 lama kepada pemilik video klip ini, dan harga yang ditawarkan sebanyak RM2,500. Serta mendapat lagi lebih wang sebanyak RM100 kerana sudah menjadi pengikut beliau di media sosial Tiktok.

Keseluruhan lelaki ini telah mendapat sebanyak RM2,600 hanya menjual duit kertas lama RM1. Video klip ini telah raih perhatian penonton, yang juga mempunyai duit kertas lama untuk dijual kepada pengumpulan numismatik.

Screenshot 2023 05 25 125555

Hampir kebanyakkan orang di Malaysia ini gemar mengumpul duit lama, dan ada juga yang menjual duit lama dengan harga yang tinggi.

Wang kertas lama RM1 mempunyai nilai yang tinggi sehingga mencecah RM12,000 kecuali sebab-sebab numismatik (contohnya: solid numbers, wang gantian pertama dll). Walaubagaimanapun, jika wnag kertas anda itu buruk, kotor dan berlipat tidak akan dapat harga sehingga RM12,000.

Oleh itu, rezeki lelaki ini dapat menjual duit kertas lama RM1 dengan harga yang tinggi.

Lihat klip durasi pendek dibawah:

@wanglamamalaysia Abang ni jual duit viral dpt RM2600!!!!#WangLama #Malaysia #WangLamaMalaysia #DuitLama #SyilingLama #Collection #Koleksi #DuitMalaysia #高价收购旧钞票 #收购旧钞票 #高价收购旧钞 #Antik #收购旧硬币 #JualBeliDuitLama #Penang ♬ Zeti tak beli – Ah Kai Wang Lama

Wang kertas RM1 yang bernilai tinggi dimaksudkan oleh warga numismatik adalah 1 Ringgit Aishah atau wang kertas ditandatangani oleh Allahyarham Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang ke-6, pemilik sebenar tandatangan yang dikatakan sebagai tandatangan Aishah.

Ramai juga yang mempunyai duit lama, tidak kira syiling ataupun wang kertas. Namun jika anda ingin menjual duit lama perlu selidik harga yang ditawarkan pada masa kini.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok