Home Video “Jual Nama Tentera Dalam Panggilan Palsu” -Lelaki Ini Dedah Cara Baru ‘Scam’...

“Jual Nama Tentera Dalam Panggilan Palsu” -Lelaki Ini Dedah Cara Baru ‘Scam’ Kedai Makan

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok chefzaidisabani, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang lelaki berkongsi kisah mengenai panggilan palsu yang dibuat oleh pelanggannya, bahawa beliau ingin membuat pesanan makanan dalam kuantiti yang banyak serta ‘menjual’ nama tentera pada panggilan tersebut. Selepas makanan yang dipesan sudah siap disediakan, pelanggannya juga meminta tolong kepada lelaki ini untuk membelikan makanan ‘segera’ dibawa masuk ke dalam hutan.

Selain itu, pelanggan itu juga mengatakan untuk hubungi ‘supplier’ mereka untuk membuat pesanan. Namun selepas lelaki ini menghubungi supplier tersebut, mereka disuruh untuk bayar sebanyak 50% daripada makanan yang dipesan menggunakan duit pemilik kedai itu.

Screenshot 2023 09 12 155450
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan perkara ini sering berlaku kepada peniaga-peniaga di luar sana dan ada juga hampir terkena dengan panggilan palsu tersebut. Ada juga yang meminta kepada peniaga jika mendapat panggilan sebegini perlu meminta deposit 50% mengikut harga kesemua yang dipesan.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 411.5K penonton, 12.5K sukaan dan 775 komen.

Baca lagi: Tips Elak Jadi Mangsa Scammer, Jangan Tekan Link Di Telegram Seperti Ini

Baca lagi: 11 Tahun Hidup Tanpa Kad Pengenalan, Wanita Kongsi Pengalaman Pernah Di’Cop’ Anak Luar Nikah

Lihat klip durasi pendek perkongsian lelaki ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video klip dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@E-SHAL: saya pernah kena… tapi saya tak ada duit nak dahulu kan deposit… yg dia order makan pun saya belum buat..

@qhaa collection: Baru kenaaa semalamm, 250pack kena. Rushing kita run cod

@ZalehaZainal01: tq info..sya pn kna scam brg x penah oder sya ambk n bayar barang dlm tu rosak n koyak..

@Pak Samad: saya kalau order nnti amek pon jenis bayaq full dulu baru hati tenang..yela mn tahu ajal tiba sebelum amek tu dh kira hutang dh..kalau x x tenang ati

@naniemma: bukan kata scammer saja. ada orang buat jalan mai order kat kedai makan berdekatan berpax² pastu siap suruh p hantaq..abih kerja nak bayaq … hilang.

@OZAKI SPAROOW797: nak jaga jaga yang ada nak bagi tender. tapi kena bayar deposit untuk luluskan permohonan.1 mangsa 150.00 kalau 10 orang.bila mintak ambil gambar lari

@Noname: Kmi xlayan bab ni.. Oder byr smua.. Deposit xmau jgk.. Byr bru buat. Kfc mcD boleh sbb pa kita xbole ambik duit dlu

@Dayangku sharif j: klau 100 pek, bayar habislah apa mau deposit lgi, dripada kita mngis

@maruku wansemah: betul tu..aku klu customer tetap dn kenal..tk yh deposit..tapi klu tk kenal..mmg mintk deposit, tk bg sanggup tk ambik order pun

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram