Home News Jual RM1 Dengan Harga RM1,000! Rupanya Nombor Siri Pada Duit Tersebut Lebih...

Jual RM1 Dengan Harga RM1,000! Rupanya Nombor Siri Pada Duit Tersebut Lebih Tinggi Nilainya

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok ahkaiwanglama, dan telah ditular baru-baru ini.

Pemuda jual wang kertas RM1 nombor siri 88888888 jadi perhatian ramai selepas ia berjaya dijual dengan harga RM1,000 sekeping. Siapa sangka wang kertas RM1 yang masih boleh digunakan dalam pasaran mampu memberi nilai berlipat ganda.

Ramai yang tertanya-tanya mengenai keistimewaan wang kertas RM1 milik seorang pemuda ini sehingga ia dibeli pada harga RM1,000 oleh seorang pengumpul wang lama.

Screenshot 2023 06 07 145618

Dilaporkan kepada mStar, pengumpul wang lama ini dikenali sebagai Ah Kai, mengatakan wang lama merupakan sebahagian bisnes dan juga adalah hobinya sejak dulu.

“Saya suka kumpul duit Malaysia dan Malaya sebab saya suka dan cinta negara ini. Saya suka sejarah Malaysia”
“Hobi ini bermula sejak saya kecil tapi betul-betul menjadikannya sebagai bisnes bermula tahun 2012”

Ah Kai yang berusia 31 tahun menjelaskan bahawa RM1 yang masih digunakan sekarang tidak begitu istimewa kerana wang kertas yang ditandatangani oleh bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz masih terlalu banyak.

“Tapi dalam video ini, duit dia bernilau tinggi kerana nombor sirinya semua sama iaitu lapan, dan saya suka. Sebab itulah saya beli dengan harga yang tinggi”
“Saya tawar pada dia dan dia turut bersetuju serta amat gembira sebab kedai lain hanya boleh beli antara RM300 hingga RM700 sahaja, tapi saya beri dia RM1,000”

Lihat klip durasi pendek dibawah:

@ahkaiwanglama Rezeki Abang John dapat RM1000šŸ™šŸ™ #WangLama #Malaysia #WangLamaMalaysia #DuitLama #SyilingLama #Collection #Koleksi #DuitMalaysia #é«˜ä»·ę”¶č“­ę—§é’žē„Ø #ꔶ蓭ꗧ钞ē„Ø #é«˜ä»·ę”¶č“­ę—§é’ž #Antik #ꔶ蓭ꗧē”¬åø #JualBeliDuitLama #Penang ā™¬ original sound – Ah Kai Wang Lama

Ah Kai menyatakan bahawa nombor siri lapan tersebut bukan sahaja dianggap bertuah, malah ia merupakan antara nombor pilihannya.

“Semua nombor yang sama memang susah dapat dan menjadi rebutan ramai pengumpul wang. Ini yang kita namakan nombor ‘solid’.
“Saya ada banyak koleksi nombor ‘solid’. Saya kumpul nombor siri satu, tiga, tujuh, lapan dan sembilan. Nombor lapan ini macam Huat Ong (kemakmuran dan tuah) bagi orang Cina”-ujarnya sambil menambah keluarganya mengusahakan bisnes pakaian dan mempunyai kilang sendiri.

Setakat ini Ahkai mempunyai koleksi hampir 500 keping wang kertas Malaysia dan Malaya, termasuk beberapa negara lain seperti Singapura dan China.

Screenshot 2023 06 07 145307

“Saya jual juga wang lama tapi kepada ahli grup sahaja yang mempunyai hobi ini, kadang-kadang kita tukar jika saya ada lebih dan dapatkan yang belum ada”
” Memang sangat gembira apabila dapat barang yang disukai dengan harga mampu milik”

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok