Home Video Jumpa Bangkai Penyu Di Pulau Redang, Tindakan Lelaki Ini Buat Ramai Yang...

Jumpa Bangkai Penyu Di Pulau Redang, Tindakan Lelaki Ini Buat Ramai Yang Sebak

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok ganuonthego, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan sekumpulan pekerja di Pulau Redang temui bangkai penyu di laut, serta menanamkan bangkai tersebut. Beliau mengatakan kemungkinan haiwan itu mati kerana berlanggar dengan bot atau kapal di kawasan tersebut. Lelaki ini juga mengatakan tidak menyalahkan mana-mana pihak pengusaha ataupun pelancong, tetapi memberi pesanan agar mereka lebih berhati-hati apabila berada di atas laut untuk mengelakkan haiwan reptilia semakin pupus.

Video klip ini juga telah ditular di media sosial dan mendapat perhatian warganet.

Screenshot 2023 08 30 121743

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan berasa hiba apabila melihat keadaan haiwan tersebut setelah ditemui. Ada juga yang mengucapkan terima kasih kepada yang menemuinya kerana menjalankan tugas menanam dan menjaga laut itu. Netizen juga membuat pesanan kepada orang ramai untuk menjaga kebersihan di mana-mana sahaja, agar haiwan-haiwan yang berada di kawasan yang sama tidak terjejas.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 651.5K penonton, 59.5K sukaan dan 920 komen.

Baca lagi: Mengejutkan! Bangkai Jerung Purba Terdampar Di Persisiran Pantai

Baca lagi: Beli Perabot Berharga RM 5 Ribu Lebih Tetapi Dapat Barang Display, Alasan Diberi Staff Buat Pembeli Bengang

Lihat klip durasi pendek keadaan penyu tersebut:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@ErvanRizuan: sedih nya brhati2 blake lepas ni spesis hok susoh doh ni weh kebanggaaan negeri tranung ni

@kiki: ya allah my heart pls la boatman jangan speed sangat sebab takut turtle tu terkena propeller smpai tbelah bgini, especially di shallow water

@Sn Khalifah: kita pergi tmpt2 mcm ni utk tgk keindahan alam.. tp kdg ada sikap kita,lalai kita, merosakkan alam

@miemie922: So saddd!!
Lepas tu tolong lah jgn biasa kan buang sampah esp puntung rokok dlm laut tu!Tlg la masuk kn dlm plastik then bawak balik darat semulaa..

@Adliena azam : luluhnya hati tengok.. kalau dia ada anak mesti anak2 dia tuggu harap pihak lain yg bawa boat jangan lah laju2

@Miraa : lain kali kalau pergi kat pulau redang tgk penyu jangan lah duk kenak ke ye sian ye boatman hati² lain kali slow kan speed

@AreyouHidayu: Ingtkan penyu terapung lemas masih hidup . Tengok sampai habis Ya Allah diam2 airmata mengalir

@BSherzz Shop: rapuh hati. ingtkan plastik or jala dkt atas penyu tu. rupanyaa….

@Mekyaa: allahuakbar. mesti kuat sgt boat tu bwk smpai atas tu pecah teruk

@nafiz: sian jojo kite aduh. rindu suasana pulau dulu. dok ramai orang. leni bot duk parking kat pantai sampai takleh mandi doh

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram