Home News Jumpa Beg Berisi Duit Dalam Rumah Terbiar, Lihat Apa Yang Dilakukan Oleh...

Jumpa Beg Berisi Duit Dalam Rumah Terbiar, Lihat Apa Yang Dilakukan Oleh Lelaki Ini

0

Rezeki durian runtuh yang sungguh tidak disangka-sangka. Aktiviti membersihkan rumah di Los Angeles, Amerika Syarikat yang dijalankan sebuah keluarga berjaya menemukan mereka dengan beberapa beg berisi sejuta keping duit syiling.

Menantu kepada pemilik rumah itu, John Reyes mengatakan dia sungguh tidak menyangka dengan apa yang ditemukannya itu kerana dia hanya membantu menyelenggara rumah usang tersebut. Setelah diperiksa, beg-beg berkenaan masih belum pernah dibuka.

“Saya dihubungi oleh beberapa pengumpul duit syiling yang pakar dalam bidang ini dan mereka mengajukan beberapa soalan kepada saya”

Baca lagi: Temui Duit Syiling Bertaburan Di Kawasan Kedai, Tindakan Peniaga Ini Pula Buat Ramai Yang Bimbang

Baca lagi: Kontrak Tak Habis Lagi Bibik Dah Lari Dengan ‘Boyfriend’, Pemilik Rumah Tunjuk Rakaman Cctv

Screenshot 2023 09 12 110435
(Gambar hiasan)

Lihat juga video dibawah:

John juga mengatakan mereka turut tahu bahawa beliau mempunyai beberapa beg berisi duit syiling timah atau beg dari bank yang tidak dikenali selepas videonya menjadi tular.

“Mereka menganggar bahawa syiling-syiling itu berusia sekurang-kurangnya 40 tahun atau lebih. Saya juga dinasihatkan untuk tidak menjual syiling-syiling tersebut sehingga situasi sebenar diketahui dengan lebih mendalam” -Kata John Reyes

Keluarga tersebut mendakwa bahawa syiling-syiling itu diperbuat daripada tembaga dan bukan zink biasa. Bagaimanapun Reyes mula menyiarkan iklan menjual syiling-syiling berkenaan di sebuah laman sesawang jual beli dengan harga AS$25,000 (RM115,000).

“Nilainya terletak pada keunikannya” -katanya

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Sarang Burung