Home Entertainment Jung Ho-Yeon Anggap Teman Lelakinya Macam Bapa

Jung Ho-Yeon Anggap Teman Lelakinya Macam Bapa

0

Dalam sekelip mata, kini pelakon Jung Jo-yeon kini mengecap populariti menerusi drama Korea fenomena, Squid Game.

Memetik laporan Kosmo, lakonan wataknya bukan sahaja diterima ramai, namun diakui di seluruh dunia meskipun ini merupakan percubaan sulungnya.

Kekasihnya yang juga aktor, Lee Dong-hwi turut tidak terkecuali daripada terkena tempias.

Baru-baru ini, wanita tinggi lampai berusia 27 tahun itu mendedahkan sudah enam tahun menyulam cinta bersama kekasihnya.

Bukan sahaja peminat, malah kekasihnya itu juga sangat berbangga dengan pencapaian Ho-yeon menerusi Squid Game.

“Dia sangat berbangga dengan kemampuan yang sedang saya raih ketika ini. Dia seorang senior, rakan, orang yang baik dan sentiasa mengambil berat akan saya.

“Bukan sahaja sentiasa menyokong malah dia sering risau dan mengambil berat mengenai saya. Dia macam seorang ayah,” kata Ho-yeon mengenai kekasihnya ketika ditanya dalam satu program temu bual baru-baru ini.

Nama Ho-yeon yang juga seorang model melonjak naik selepas membintangi Squid Game bergandingan dengan beberapa barisan pelakon hebat lain.

Lebih manis, naskhah thriller itu kini menduduki carta nombor satu di 82 buah negara yang menawarkan perkhidmatan penstriman digital, Netflix.