Home Entertainment Jung Sung Il The Glory Pernah Hidup Miskin

Jung Sung Il The Glory Pernah Hidup Miskin

0

Siapa tidak kenal dengan pelakon tampan segak bergaya ‘The Glory’, Jung Sung Il , yang baru-baru ini menjadi terkenal dengan meraih populariti setelah membintangi drama tersebut. Jung Sung Il dikenali dengan watak Ha Do Yeong, suami tersakiti oleh isterinya sendiri yang juga merupakan musuh hakiki dan pembuli kepada Song Hye Kyo yang kemudian jatuh ke dalam perangkap Song Hye Kyo kerana kehebatannya bermain Go dan daya tarikannya yang memukau.

3B022110 4F8A 48AB 9689 D3DEA19CCC3B A57BE5B4 98DD 4D3B A339 0B8C418BB323

Baca Lagi: Song Hye Kyo dan Han So Hee Digandingkan Dalam Siri Thriler The Price of Confession

Pada awal Februari lepas, Jung Sung Il muncul dalam episod terbaru “You Quiz on the Block” dan berkongsi kisah zaman keperitan kanak-kanaknya. Dia mengimbas kembali kesukaran yang dia hadapi sehingga menitiskan air mata.

Pelakon The Glory ini berkongsi dari hati ke hati tentang zaman kanak-kanaknya yang cukup mengharukan, betapa susah dan miskin hidup di zaman kanak-kanaknya sehingga dia terpaksa minum air dari lopak air ketika dia dahaga.

EC2D0213 D08A 41ED A215 BFF3C174883C C20A62CF 87C7 47E3 B54F ACD7610583DA

Jung Sung Il turut berkongsi perjalanan hidupnya sebelum dia menceburkan diri dalam dunia seni dan lakonan, “Saya tidak benar-benar mempunyai impian kerana saya terlalu sibuk bertahan dan berjuang untuk hidup dalam keadaan keluarga yang miskin.” Dia menyambung, “Ibu saya sakit dan menjalani rawatan sejak saya masih kecil dan ayah saya seorang yang berjiwa bebas sehingga dia tidak pernah pulang.”

“Semasa saya senior di sekolah menengah, ibu saya pulih dan pulang ke rumah kemudian mencadangkan saya pergi ke kolej. Ketika itulah kakak saya mengesyorkan saya mencuba bidang seni halus dan seni persembahan.” Katanya lagi.

Dalam rancangan tersebut, Yoo Jae Suk bertanya kepadanya bagaimana keadaanya semasa dia masih muda dan Jung Sung Il menjawab bahawa dia mengalami tempoh yang sukar kerana ketiadaan ibubapanya, hanya kakaknya sahaja yang sentiasa menjaga dan bersamanya.

Dia menyambung, “Kami tinggal bersama nenek kami, dan kami terpaksa menjaganya semasa kami di sekolah rendah. Kami terpaksa membersihkan najisnya kerana dia sukar bergerak. Apabila kakak saya di sekolah, saya akan menunggunya tetapi tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan atau diminum. Jadi suatu hari itu, saya sangat lapar, kemudian ternampak lopak air di atas turapan jalan dan menunggu sehingga kotoran debu jatuh ke bawah dan meminum airnya yang di bahagian atas.”

Yoo Jae Suk kemudian bertanya lagi, “Kenapa anda tidak meminta air daripada jiran-jiran?” Pelakon itu menjawab, “mungkin untuk beberapa kali tiada masalah, tetapi saya merasa bersalah dan segan jika harus kerap meminta.”

Jae Suk bertanya kembali, “Adakah kakak anda tahu tentang itu?” dan Jung Sung Il berkongsi, “Kakak saya menjerit marah kepada saya sambil berkata ‘Awak gila? Kenapa awak minum itu? Awak sepatutnya tunggu saya balik.”

Jung Sung Il turut berkongsi apa yang lebih melukakan hatinya ialah kakaknya juga berada di sekolah rendah ketika itu. kakaknya hanya tua dua tahun daripadanya, masing-masing semua masih muda dan kanak-kanak lagi, tetapi kakak saya tidak pernah menunjukkan kesedihannya didepan saya dan hal ini benar-benar melukakan hati saya.”

Selain kisah zaman kanak-kanaknya, dia turut berkongsi tentang kisah percintaan dan perkahwinan bersama isterinya selama 21 tahun. Dia mendedahkan bahawa dia dan isterinya pernah berpisah lama dan kini dia sudah pun 7 tahun bergelar suami.

Menurut Sung Il dia mengenali isterinya melalui rakan kepada rakan ketika awal 20-an, selepas menamatkan latihan ketenteraan.

Pada ketika itu, isterinya merupakan seorang pelajar dalam bidang muzik dan sedang menyambung pelajaran di Amerika Syarikat.

54E05E07 BD32 4537 9743 3C6A0C6F16B8

Ada suatu hari itu, dia sedang menyemak e-mel untuk di pusat komputer, dia telah menerima pesanan ‘Awak sihat ke?’ Dan sejak itu mereka mula menjalinkan perhubungan jarak jauh. Selama 3 tahun mereka bercinta dari jauh dan hanya berhubung melalui e-mail.

Walau bagaimanapun, pasangan itu pernah berpisah selepas 3 tahun bercinta dan kembali berjanji temu 8 tahun kemudian.

Rupanya isterinya pada ketika itu menjaga ibunya yang sakit tanpa pengetahuan dia dan kakaknya. Takdir menemukan mereka, mereka tanpa sengaja bertembung di hospital dan memutuskan untuk kembali menjalinkan hubungan cinta sebelum membuat keputusan untuk berkahwin 3 bulan kemudian.

705ACD37 D7F7 46C8 B2FC 42C3E0EC6E86

Yoo Jae Suk yang menjadi hos ketika itu sempat berseloroh dan berkata, ini bermakna Jung Sung-il dan isterinya bercinta melalui hubungan jarak jauh selama 3 tahun, bercinta bersemuka 3 tahun, berpisah 7 tahun, bersama semula 3 bulan dan berkahwin 7 tahun!

Hebat sungguh kisah percintaan mereka kan? Seperti kisah dalam drama romantis fantasi!

Berikut sedikit perkongsian perjalanan kerjaya Jung Sung Il:

B4F9FDDC 6762 40BB 8866 09210D043A37

Jung Sung Il yang dilahirkan pada 3 Februari 1980 (43 tahun) terkenal dengan bakatnya dalam bidang teater. Dia membuat penampilan sulung dalam teater pada tahun 2000, dalam drama “A Praise of Youth” dan kini dia berlakon sebagai Oh Jung Jin dalam drama teater berjudul Beautiful Sunday.

Pada 2020, Jung Sung Il menandatangani kontrak eksklusif dengan KeyEast Entertainment yang merupakan salah satu agensi paling terkemuka di Korea Selatan. KeyEast juga menjadi “payung” kepada beberapa pelakon terkenal termasuk Moon Ga Young, Kim Seo Hyung, Woo Do Hwan, Kim Eui Sung dan Hwang In Yeop.

Kerjaya lakonan sebenarnya bermula apabila dia diberi peranan kecil dalam filem “A Frozan Flower” pada tahun 2008. Sung Il melakonkan watak pengawal diraja dalam filem tersebut. Walaupun ia hanya watak kecil, dia telah membuktikan bakat lakonannya selama bertahun-tahun dan tidak pernah berhenti mengasah bakatnya.

Berkat usahanya, Sung Il diberi peranan yang lebih penting untuk beberapa filem lain selepas itu, termasuk The Con Artists (2014), The Chase (2017) dan Project Wolf Hunting (2022).

Sung Il tidak berhenti di situ dan mula menceburkan diri dengan lakonan drama pada tahun 2009 dimana dia menjadi pelakon pembantu drama sageuk, “The Return of Iljimae” drama TV pertamanya. Akhirnya, Sung Il semakin menonjol dengan wataknya dalam drama hit, Women Of 9.9 Billion (2019), Birth Care Center (2020) dan Bad And Crazy (2021).

Baca Juga: Seorang Mangsa Buli Sekolah Pernah ‘Dibakar’ Guna Saterika Rambut, Dicucuk Garfu… Kisah Benar ‘The Glory’?