Home Entertainment Jungkook BTS Sekolahkan Peminat

Jungkook BTS Sekolahkan Peminat

0

Ahli kumpulan BTS iaitu Jungkook nampaknya tidak dapat menahan diri kerana privasi dirinya diganggu.

Tanpa berselindung selebriti tersebut dengan beraninya telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap segolongan peminatnya yang terlalu fanatik sehingga mengganggu masa senggang selebriti terkenal itu.
Dalam satu video BTS Weverse live (platform untuk berbual bersama peminat), Jungkook memberitahu ARMY (nama gelaran untuk para peminat setia BTS) untuk menghormati privasi dirinya.
0CC1F77C 4C28 44CE 88F9 7388F3CC90ABJungkook meminta para peminat untuk tidak membanjiri gim tempat yang selalu Jungkook kunjungi untuk melakukan aktiviti fizikal dan bersenam.
Menurut Jungkook lagi, aktiviti senamannya di gim bukanlah termasuk dalam jadual rasminya sebagai seorang artis. Dia meminta ruang untuk diri sendiri dan berharap ARMY dapat menghormati permintaannya itu.
9727C36B 7BBE 4331 AFA7 03FDD5F5AC84Sejak sekian lama BTS meminta para peminat untuk memberi mereka ruang privasi dan jangan mengganggu jika bukan urusan rasmi bersama BTS. Sudah beberapa kali mereka menyatakan bahawa mereka adalah manusia biasa sahaja dan perlu masa untuk diri sendiri tetapi nampaknya masih ada peminat yang langsung tidak menghiraukan rayuan dan permintaan setiap anggota kumpulan BTS tersebut. Mereka masih tidak segan silu mengekori artis kesayangan mereka ini dan membuatkan BTS tidak selesa.
Baca Lagi: “Jinny’s Kitchen”: Tengah Masak Ada Orang Boleh Kenal V BTS, Tapi Sayangnya…
Baru-baru ini Jungkook kembali menjadi topik perbualan di media sosial terutamanya di laman Twitter apabila dikhabarkan sekumpulan peminat berkumpul di sebuah gim yang biasa dikunjungi oleh Jungkook untuk rutin senamannya.

8578B892 0D57 4E9C 8294 E16A93C89B43

Selepas kejadian itu, Jungkook terus mengutarakan perihal ini di laman rasmi BTS Weverse dan meminta semua peminat supaya tidak melampaui batasan dan jangan mengganggu privasi dirinya.
Dalam siaran langsung Weverse berkenaan, Jungkook berkata, “saya tidak mahu mengatakan apa lagi. Saya sangat bersyukur anda semua menyayangi saya dan memberi saya sokongan penuh selama ini. Saya sangat-sangat bersyukur sejujurnya”.
Dia menyambung lagi, “tolonglah jangan datang berjumpa saya seperti itu lagi, saya benar-benar terkejut pada waktu itu”.
Seterusnya Jungkook meneruskan perbualannya bersama para peminat, “setelah saya selesai bersenam, saya akan terus pulang ke rumah. Waktu itu kita akan bertemu dalam live broadcast ini (Weverse), kita ada masa lebih kurang 20-30 minit untuk broadcast ini.

503D5569 669D 40BA 84DD B0C1EB5F6E88

Biasanya, 20 minit sebelum saya pulang ke rumah. Selepas broadcast, saya akan pulang ke rumah tetapi tiba-tiba sangat ramai orang di gim ini. Saya sangat bersyukur dengan kasih sayang anda semua, tapi latihan saya di gim bukanlah jadual rasmi, jadi minta anda faham-faham sendiri lah”.
Jungkook turut mengatakan dia juga adalah manusia biasa yang memerlukan ruang dan masa untuk diri sendiri. Lebih mengejutkan apabila Jungkook juga telah memadam akaun Instagram miliknya dan membuatkan perbincangan di laman sosial dan alam maya bertambah hangat.
Walau bagaimanapun Jungkook tampil menyatakan bahawa dia memadam akaun Instagram rasminya kerana dia kurang menggunakan akaun media sosial tersebut.

1DBCF921 17A6 41F5 8E8B FC0B28594136

BTS kerap kali membicarakan soal privasi mereka kepada para peminat. Kehidupan mereka sangat-sangat padat dengan limpahan lampu kamera dan pandangan perhatian dari seluruh peminat. Malahan, Jungkook dan J-Hope sering menerima panggilan telefon dari para peminat fanatik yang bertukar menjadi stalkers yang menakutkan dan merimaskan.
Baca Juga: Park So Dam Mendedahkan Tentang Penyakit Kansernya