Home K - Pop Jungkook Dipercayai Peluk Wanita Ketika Bercuti, Ini Kenyataan terbaru daripada Pengurusan

Jungkook Dipercayai Peluk Wanita Ketika Bercuti, Ini Kenyataan terbaru daripada Pengurusan

0

ANGGOTA kumpulan BTS, Jungkook dikatakan sedang hangat bercinta apabila foto dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan dia sedang memeluk seorang wanita menjadi tular.

Bagaimanapun, agensi pengurusannya, Big Hit Entertainment, tampil mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan perkara tersebut.

Menerusi kenyataan berkenaan, wanita tersebut adalah kenalannya yang secara kebetulan bertemu ketika dia sedang bercuti di Geoje Island dan mereka juga meluangkan masa bersama dengan rakan-rakannya lain.

Menurut Big Hit, pihaknya menganggap foto yang telah tersebar itu menganggu kehidupan peribadi artis mereka dan bakal diambil tindakan undang-undang.

Capture 1

“Jungkook hanya bertemu kenalannya dari kedai tatu secara kebetulan dia sedang bercuti di Geoje Island. Selain wanita itu, dia juga ada jumpa dengan rakan-rakannya yang lain untuk makan dan sesi karaoke bersama.

“Kami akan siasat sama ada rakaman CCTV itu sengaja disebarkan atau dirakam secara haram. Kami juga bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pendedahan maklumat peribadi dan pencerobohan privasi.

“Selain itu juga, kami akan ambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan khabar angin tidak benar mengenai Jungkook,” kata pihak agensi tersebut.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page DaebaKing.

Sumber : soompi