Home Concert K-Pop Music Wave 2017 Post Concert Review

K-Pop Music Wave 2017 Post Concert Review

0

Pada 24 November 2017 yang lalu, admin telah di jemput menghadiri K-POP Music Wave di Setia Spice Arena, Pulau Pinang. Konsert ini di barisi oleh artis-artis seperti T-Ara, Bi Rain, kim Jong kook, HaHa, dan B.A.P. Seawal 8.00 malam,Setia Spice Arena sudah mula di penuhi dengan peminat-peminat yang ingin menyaksikan artis kegemaran mereka.

Konsert bermula pada jam 8.30 malam dan penonton di sajikan dengan 3 persembahan artis tempatan. Selepas itu, B.A.P yang dianggotai oleh Yongguk, Himchan, Daehyun, Youngjae, Jongup dan Zelo memulakan persembahan mereka. Kumpulan ini menyanikan lagu ‘ Wake Me Up’, ‘1004 (Angle)’, That’s My Jam’, ‘No Mercy’,’ Crush’ dan lagu ‘Worrior’. Berbaloi peminat yang datang dari jauh apabila melihat persembahan B.A.P yang sangat bertenaga. Mereka turut memberikan ucapan kepada peminat mereka. Cahaya lightstick hijau turut kelihatan dikonsert ini menyatakan sokongan ‘Babyz’ kepada B.A.P.

24232589 1910435748972591 7509240628903745592 n 24232114 1910435525639280 2250792676853745712 n

 

Konsert diteruskan dengan persembahan dari kumpulan T-Ara, mereka turut memberikan persembahan yang tidak mengecewakan peminat. Dengan pakaian serba putih, mereka menyanyikan lagu, ‘ Whats My Name’, ‘No.9’, ‘20090729’, ‘Like The First Time’, dan tidak ketinggalan lagu kegemaran admin iaitu ‘Roly-Poly’ dan ‘Lovey Dovey’. Walaupun Cuma tampil dengan 4 ahli iaitu Eunjung, Hyomin, Jiyeong dan Qri, persembahan mereka berjaya mencuri perhatian peminat.

24174447 1910435908972575 7749162106746594821 n 24232854 1910435918972574 4930546974365389665 n

 

Kemunculan Ha Dong-hoon atau lebih popular dengan HaHa selepas itu membuatkan dewan Setia Spice Arena ini bergema dengan jeritan penonton, dengan gayanya yang sangat lincah, HaHa menceriakan penonton bersama pasangan duetnya iaitu Tyson dengan lagu seperti ‘Busan Vancance’ , ‘From A Stupod To A Stupid’, ‘Don’t Laugh’ dan madley beberapa buah lagu, disamping itu, HaHa turut membaling tuala sebagai cenderahati kepada penonton. Ternyata HaHa mempunyai caranya yang tersendiri dalam menghargai peminatnya. Kemunculan Kim Jong Kook (KJK) selepas persembahan HaHa semakin memanaskan suasana. Rata-rata boleh dikatakan menyatakan mereka merupakan peminat Haha dan KJK sewaktu admin menemuramah beberapa penonton yang hadir. Dikatakan juga fanbase KJK dari Thailand dan Singapura turut hadir pada malam itu. KJK menyanyikan lagu ‘Can’t Get Better Than This’, ‘One Man’, This is The Person’, dan ‘Loveble’, KJK yang sememangnya seorang yang ceria turut berinteraksi bersama peminatnya menyebabkan kawasan depan pentas penuh dengan peminat yang berdiri.

 

24174460 1910436118972554 5001176284570292156 n 24174147 1910436048972561 813928266613745838 n 24231909 1910436215639211 2115574517944988897 n 24296584 1910436122305887 8635047887926300265 n

 

Kemuncak persebahan semestinya dengan artis yang baru saja menimang cahaya mata dan suami kepada pelakon Kim Tae Hee iaitu Jung Ji-hoon atau Bi Rain. Rain yang tampil bergaya dengan lagu ‘ La Song ‘ , ‘It’s Raining’, ‘Hip song’, ‘How To Avoid The Sun’. Ternyata, walaupun sudah meningkat usia, Rain masih lagi memberikan persembahan yang sangat bertenaga kepada semua peminat yang datang menonton pada hari itu. Rain menutup persembahannya dan tirai konsert dilabuhkan dengan lagu ‘Instead Of Saying Goodbye’. Admin mulanya berharap lagu ‘Rainism’ akan dinyanyikan, tetapi mungkin tidak ada dalam senarai untuk kali ini.

 

24232585 1910436212305878 6514430526516405178 n 24232649 1910436282305871 2688000147983338674 n 24174639 1910436288972537 1858754707131235515 n 24129491 1910436345639198 1587264166215188655 n

Dapat dilihat peminat dikonsert ini masuk dan keluar dengan keadaan yang teratur, mungkin kerana semua tempat duduksudah disediakan nombor, tetapi admin berharap keadaan ini dapat diterapkan di mana-mana konsert selepas ini juga. Ada juga terdengar penonton yang menyatakan pihak penganjur mesti lebih tegas dengan peminat yang bangun berdiri memenuhi tepi pentas dan mengganggu penonton lain sewaktu pesembahan, mungkin perkara ini boleh dibaik pulih untuk konsert selepas ini. Apa-apa pun, jutaan Terima Kasih diucapkan kepada Golden Worrior kerana memberikan peluang kepada Daebaking untuk membuat liputan media di konsert ini, dan diharap dapat bekerjasama lagi untuk konsert akan datang.

Photo credit : Pocket News