Home News Kad Debit Cimb Boleh Tukar Melalui Online? Ikuti Langkah-Langkah Ini

Kad Debit Cimb Boleh Tukar Melalui Online? Ikuti Langkah-Langkah Ini

0

Sebahagian daripada anda mungkin mahu memperbaharui kad debit CIMB yang bakal atau sudah tamat tempoh. Ekoran kekangan tertentu untuk ke cawangan, anda boleh mempelajari cara menukar kad debit CIMB menerusi dalam talian sahaja.

Pihak CIMB telahpun menyediakan laman khas untuk memudahkan pengguna mendapatkan kad debit baharu tanpa perlu ke cawangan. Majoriti kad debit boleg berbuat sedemikian.

Screenshot 2023 06 12 203219

Cara Tukar Kad Debit CIMB Baharu Menerusi Online

1. Layari laman web khas CIMB untuk memohon pembaharuan kad debit tersebut dengan ‘klik di sini’.

2. Anda isikan maklumat yang diperlukan termasuklah enam angka nombor IC dan empat angka terakhir kad debit pada ruangan yang disediakan. Setelah selesai teruskan dengan klik pada ‘Proceed’.

Screenshot 2023 06 12 200813

3. Selepas itu, dapatkan nombor OTP yang dihantar menerusi nombor telegon yang telah didaftarkan dan isikan nombor OTP untuk pengesahan. Klick ‘Comfirm’ untuk pergi ke proses seterusnya.

4. Pilih proses pembaharuan kad debit sama ada penghantaran atau kunjungan ke cawangan CIMB. Anda disarankan untuk mengambil pilihan pertama untuk penghantaran kad terus ke rumah tanpa perlu pergi ke cawangan lagi. Klik ‘Procees’ selepas sudah menandakan pilihan pertama.

Screenshot 2023 06 12 200705

5. Sahkan alamat untuk penghantaran kad debit, kemudian tekan pada ‘Procees’ dan ‘Yes’ untuk pengesahan terakhir.

Screenshot 2023 06 12 200730

Selepas selesai menghantar permohonan, kad debit baharu akan dihantar dalam tempoh 14 hari berkerja pada alamat yang telah diisi. Perlu diingatkan, pembaharuan kad debit CIMB menerusi dalam talian hanya boleh dilakukan bagi kad kredit yang telah tamat tempoh atau bakal tamat dalam masa tiga bulan.

CIMB juga tidak mengenakan sebarang cas untuk pembaharuan kad debit mereka. Diharapkan dengan tutorial ini dapat memudahkan anda membuat pembaharuan kad debit CIMB yang mungkin sudah mahu tamat tempoh. Anda boleg kongsikan artikel ini agar lebih ramai cakna untuk membuat pembaharuan pada masa kelak.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: InfoRakyat