Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok nelysa_norazlan, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang wanita yang dikenali sebagai Nely berkongsi kisah mengenai salah seorang daripada pengikutnya di Tiktok. Individu tersebut meluahkan bahawa beliau telah menjaga tiga orang anak kepada kakaknya, tetapi tidak mendapat apa-apa sebarang wang sebagai upah ataupun barang-barang keperluan untuk anaknya sendiri.
Dikatakan beliau sudah meminta sedikit wang kepada kakaknya untuk membeli barang-barang keperluan untuk anaknya sendiri namun tidak dapat dan lain pula yang jadinya.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan perkara ini sering berlaku kepada ibu bapa dan adik beradik apabila salah seorang daripadanya sudah bernikah dan mempunyai anak. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah mengalami perkara yang sama, sehingga tidak tahu apa lagi yang perlu dibuat dan luahkan.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 159.8K penonton, 9858 sukaan dan 190 komen.
Baca lagi: Bawa Anak Pergi Hantar Order, Situasi Rider Motosikal Sedekah Duit Raih Perhatian
Baca lagi: Wanita Tunjuk Tempat Rehat Yang Disediakan Oleh Majikan, Tak Sangka Betul Ramai Yang Puji
Lihat klip durasi pendek perkongsian wanita ini:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Aishah: mmg wujud sungguh nelly.. mmg dh ada pengalaman sngat2…
@Amiy Asytar: Mak saya dah pecen still tknk jaga cucu2 dah beranak pandai2 lah jaga sendiri
@Fatin Nurlaily Hamid: Salah 1 sebab,aq stop keje, jaga anak sendiri,asuh mahal, xnak susah kan mak aq , jaga sendiri anak
@L i l y: Btul nelly walaupun saya dah kahwin 3 tahun masih dduk dengan ayah tp kita org ada common sense bil kita byr, beli brg dpur. Rumah kita kemas
@h a r l e y: yaaa,begitu juga nasib sy,dah tolong jaga,last2 kita yg dia maki hamun,ckp mcam2,start dari 2 mmg dah x ambik kisah langsung kat anak2 dia,rasakan
@Qairah Damia 92: btul tu wujud mmg,,Dy istilah makan tanggung berak cangkung, tapi xpela mak bapak baik xreti nk sound law kne parents aq dh lama kne halau
@Fatin Hanani: Sebagai anak bongsu selalu je dia mengadu pasal kakak, abang ipar. sebab dia penat dgn nak jaga cucu, nak masak, nak kemas rumah.
@Elyna eina: Sye selalu berpesan pada diri jgn suka mnyusahkn mama papa atau adik beradik sye nk mngalas tgungjwab kita sebagai ibubpa.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram