Home Video Kaki Mak Tertusuk Dawai, Anak Berlari Lepas Dapat Tahu Sekali Respon Makcik...

Kaki Mak Tertusuk Dawai, Anak Berlari Lepas Dapat Tahu Sekali Respon Makcik Ini Pula Buat Ramai Yang Sebak

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok farezadnan95, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Farez Adnan membuat satu klip durasi pendek mengenai ibunya terjatuh selepas kakinya tertusuk dawai kawat. Farez Adnan yang merupakan seorang penyanyi di mana beliau pernah menyertai beberapa pertandingan nyanyian iaitu Akademi Fantasia pada tahun 2014 dan satu lagi pertandingan nyanyian iaitu D’Academy Asia 3.

Apa yang dilihat dalam video klip ini, ibu kepada Farez Adnan atau lebih dikenali sebagai Makcik Petir terjatuh selepas terpijak dawai dan tertusuk pada kakinya. Reaksi Adnan yang bergegas ke tempat tersebut setelah mendapat tahu. Respon si ibu pula selepas mendapat beberapa soalan daripada anaknya pula buat ramai yang sebak.

Screenshot 2023 09 06 090232

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan respon ibunya selepas terjatuh itu juga telah membuatkan orang ramai sebak apabila mendengarnya. Ada juga yang mengatakan dalam keadaan begini, ibunya masih memikirkan bapa Farez Adnan di rumah serta tidak ingin suaminya tahu dan risau tentangnya. Netizen juga mendoakan semoga Makcik Petir ini cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 994.1K penonton, 68.5K sukaan dan 1421 komen.

Baca lagi: Peniaga Hilang Sabar Selepas Kena ‘Body Shaming’ Dengan Makcik Bawang, Sekali Responnya Buat Makcik Ini Terdiam

Baca lagi: Bawa Anak Jumpa Kawan Sekolah Selepas 6 Bulan Tak Berjumpa, Reaksi Mereka Pula Tarik Perhatian Ramai

Lihat klip durasi pendek respon makcik ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Official.AkuRizal: “Kau jangan cerita dekat ayah” Ya Allah punya tknk ayah risau … speedy recovery aunty

@cik_fida: kita jatuh tak pe. tp jngn mak ayah. hati macam nak pecah tengok keadaan mereka. semoga diberi kesembuhan dan dilapangkan segala urusan

@Ita Baharin: Dengar farez nangis aku yg teruk nngis ya allahhh teringt aruah mak…rindu nk pnggil makkk

@WMN: Dlm keadaan mcm ni, dia masih fikirkan pasal suami dia yg sakit kat rumah. GWS Mak Cik Petir..

@Netijen: teringat arwah ibu . semoga makcik cepat sembuh ye . banyak kan bersabar farez . semoga dipermudah kan segala urusan.

@my kupu kupu: bagusnya..dlm keadaan sakit masih igtkn suami dkt rmh sakit..syurga utk isteri sebegini insyaAllah

@Dayanieonlyme: bile mkcik ckp jgan cakap dgn ayah..air mata aku terus mengalir lajuu weyy

@AmatFadzli: moga mak cepat sembuh….dah sentiasa dilindungi allah selalu

@Shairani8576: tgk macik petir terigt adik call gtau mak xciden..motor langgar pastu biarkan tepi jln..dibaginya rm30 pastu lari..

@NUR JAJA BEE: Semoga makcik petir cepat sihat ye.. & dipermudahkan segala urusan sekeluarga ye..

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram