Artikel yang menceritakan gambar V dan Jennie “trending” untuk beberapa hari ini. Bagaimana pun YG & HYBE tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai perkara tersebut.
Pada 30 Ogos yang lalu, individu yang menyebar gambar Jennie dan V BTS mengakui telah menghantar beberapa mesej kepada Jennie tetapi tidak mendapat balasan. Individu itu turut menambah,”Saya telah menghubungi dua orang selepas melihat gambar tersebut dan kedua-dua mereka mengakui bahawa gambar itu bukan diedit.”
Individu yang menyebarkan gambar itu turut mendakwa bahawa gambar itu tidak diedit seperti yang diwar-warkan. Dia turut menjelaskan bahawa tidak gentar jika YG dan HYBE membuat laporan terhadap dirinya kerana gambar yang diberi kan itu adalah asli.
Hmmm macam-macam hal la kan?
Sumber:AllKpop
Baca artikel terdahulu: Exy & Seola Ahli Kumpulan Cosmic Girls’ Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya