Home Video Kali Pertama Datang ‘Interview’, Reaksi Watie Dalam MeleTOP Buat Ramai Yang Terhibur

Kali Pertama Datang ‘Interview’, Reaksi Watie Dalam MeleTOP Buat Ramai Yang Terhibur

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok mymeletop, dan telah ditular baru-baru ini.

Shuib merupakan seorang pelawak, pelakon dan penyanyi lelaki Malaysia. Baru-baru ini beliau telah bertunang dengan usahawan yang dikenali sebagai Watie. Dalam video klip ini menunjukkan Shuib dan tunangnya iaitu Watie dijemput menjadi tetamu undangan dalam rancangan MeleTOP, rancangan itu dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Hawa Rizwana.

Selain itu, reaksi Watie apabila memberi respon beberapa soalan yang dituju oleh Nabil dan Hawa telah membuatkan orang ramai terhibur melihat telatahnya yang secara spontan. Shuib juga mengatakan Watie masih baru dan tidak biasa memegang mikrofon sambil bercakap.

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan reaksi Watie apabila terlalu leka bercakap sehingga lupa beliau memegang mikrofon telah membuatkan warganet terhibur melihatnya. Watie juga mendapat pujian daripada netizen, mengatakan kali pertama melihatnya dan beliau kelihatan seorang yang baik dan lemah lembut. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 468.7K penonton, 21.8K sukaan dan 444 komen.

Lihat klip durasi pendek reaksi Watie kali pertama datang dalam rancangan MeleTOP:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Amalino Ramizoh : haa nak kawin sangat dgn retis, ni baru meletop, nanti melodi meloda macam2 program lagi akn dipanggil. Semoga till jannah ya aamin

@AINUL MARDHIAH: jenis ni kene pakai mic clip je, orang baru biasalah nervous xboleh control lagi mic cara cakap semua

@husyanaa: aku tahu ni semua jodoh allah tp nape aku yg sedih eh lg2 tgok dorang matching2 baju , semoga bahagia till jannah both of u

@Zieyla: hahhahahha biasalah kalau bercakap tu..tgn pun merayap

@HRT: first time kot masuk tv.. hihihi.. maafkan je la.. kalau saya pun macam tu kot..

@azura98: tgk gaya org nya baik watie ni…jodoh urusan nya Allah swt…semoga bahagia hingga jannah

@AziziNasir: Hahahaha kelakar ea watie pgg mic. Moga shuib dan watie bahagia hingga ke jannah.

@BlackerDaimons: ko kne paham bila seseorg kte syg ad smping kte mmg akn jd cmni…

@sahabatsejati222: tgok orang jadi diri sendiri memag semula jadi tau tkdk nk propa2 terbaiklh watie

@Atikah: Comel rupanya character watie nih,patutlah shuib jatuh hati

@NiSs4: Comel jugak si wati ni ,kalau aku pon dah menggeletor dah kat situ

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram