Home Entertainment ‘Kami Memandang Antara Satu Sama Lain Dan Menangis’, Sorn CLC Dedah Punca...

‘Kami Memandang Antara Satu Sama Lain Dan Menangis’, Sorn CLC Dedah Punca Sebenar CLC Dibubuarkan

0

Baru-baru ini, bekas ahli CLC Sorn telah menghadiri temu bual bersama dengan saluran YouTube Thai ป๋าเต็ด, di mana dia menceritakan kisah disebalik pembubaran CLC.

Di awal temubual, Sorn menceritakan saat-saat sukarnya menjadi pelatih di bawah agensi Cube Entertainment. Tetapi, itulah lumrahnya demi menyiapkan diri setiap pelatih untuk menjadi seorang idola K-Pop.

609356c892809

Namun, mungkin peminat K-Pop tidak menyedari bahawa banyak syarikat hiburan K-Pop yang meletakkan CCTV di merata tempat, semata-mata untuk melihat jika ada diantara pelatih yang malas.

Jika mereka ditangkap malas, pelatih akan mendapat ‘pelekat amaran’ dan nama mereka juga akan ditulis di papan. Mereka akan ditendang keluar daripada syarikat jika mereka mengumpul sebanyak lima pelekat itu.

Berbeza dengan Sorn, dia tidak pernah ditendang keluar dari syarikat, tetapi sebaliknya telah dipindahkan ke projek latihan yang lebih ketat.

clc sorn icon

Pernah suatu masa, sebelum CLC debut, mereka berasa sangat letih sehingga mereka berbaring, memandang satu sama lain, dan menangis. Mereka terlalu penat sehingga tertidur di bilik latihan bersama.

Apabila tiba masanya untuk ahli memutuskan sama ada untuk memperbaharui kontrak masing-masing, mereka semua telah memaklumkan kepada CUBE Entertainment bahawa mereka mahu terus mempromosikan sebagai CLC. Namun, syarikat itu mempunyai rancangan yang berbeza.

Eg pxnpUMAAilko

Sorn fikir kumpulan itu boleh pergi lebih jauh. Bagaimanapun Cube Entertainment merancang mahukan setiap ahli hanya membuat promosi secara individu dan bukan sebagai CLC.

Kini, Sorn telah pun berpindah dari CUBE Entertainment ke agensi WILD Entertainment. Dia berharap untuk terus berkembang sebagai artis muzik dan mencabar dirinya dengan gaya yang berbeza.

Kepada peminat CLC, teruskan beri sokongan anda kepada setiap seorang dari mereka ya!