Pada 9 November, Netflix mengumumkan barisan pelakon utama drama “Karma” akan datang termasuk Park Hae Soo, Shin Min Ah, Lee Hee Joon, Kim Sung Kyun, Lee Kwang Soo, dan Gong Seung Yeon.
Berdasarkan webtoon, “Karma” ialah filem thriller jenayah yang diadaptasi dari webtoon Bad Relationship, karya Choi Hee Sun, menggambarkan kisah watak-watak yang terjerat dalam hubungan malang yang tidak mereka dapat elakkan walaupun mereka mahu.
Park Hae Soo akan melakonkan watak yang secara tidak sengaja menyaksikan kemalangan misteri, hingga akhirnya membuat kesepakatan yang tidak dapat ditarik balik.
Shin Min Ah disahkan memegang watak sebagai doktor yang hidup dengan trauma seumur hidup akibat kejadian yang dialaminya semasa kecil. Suatu hari, dia bertemu dengan seseorang yang tidak ingin ditemuinya lagi.
Lee Hee Joon akan melakonkan watak yang melabur dalam mata wang kripto dengan mengambil pinjaman persendirian, berharap untuk mendapat kekayaan seumur hidup tetapi sebaliknya, dia akhirnya menanggung hutang yang serius dengan pulangan negatif.
Kim Sung Kyun akan memegang watak sebagai watak yang terjebak dalam belenggu hubungan malang apabila dia terlibat dalam pekerjaan berbahaya demi mendapatkan jumlah wang yang besar selepas kehilangan pekerjaannya secara tidak adil.
Lee Kwang Soo membawa watak doktor perubatan tradisional yang berjaya dengan membuka sebuah hospital swasta di Gangnam. Dia boleh memiliki segala yang dia mahukan termasuk sebuah kereta mahal dan wanita, namun hidupnya berubah kerana sebuah insiden.
Manakala Gong Seung Yeon dipasangkan dengan Lee Kwang Soo sebagai kekasihnya yang cantik.
Kini semua bintang drama Korea Netflix, Karma, menjadi perbincangan ramai di media sosial.
Dengan jumlah enam episod, drama Korea Karma akan tayang eksklusif di Netflix. Walaupun barisan pelakonnya sudah diumumkan, tarikh tayangannya belum diumumkan lagi.
Adakah anda teruja dengan drama baharu ini? Nantikan lebih banyak kemaskini tentang drama ini lagi ya!