Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok sbrbaganlalang, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang kanak-kanak perempuan sedang bermain sorok-sorok di dalam beg kuning di ruang tamu rumahnya. Namun reaksi kanak-kanak ini yang menutup zip pada beg tersebut membuatkan dirinya tidak dapat membuka semula beg berkenaan serta menjerit dan memanggil ibunya untuk meminta pertolongan.
Reaksi kanak-kanak ini juga telah tular di media sosial dan membuatkan para penonton bimbang apabila tinggalkan anak berseorangan walaupun sekejap sahaja.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan keadaan ini membuatkan para ibu bapa berasa bimbang apabila meninggalkan anaknya berseorangan ketika berada di rumah. Ada juga yang meminta para ibu bapa untuk memeriksa apa yang dilakukan si anak kerana keadaan ini boleh berlaku bila-bila sahaja dan boleh membawa maut akibat lemas.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 585.9K penonton, 10K sukaan dan 589 komen.
Baca lagi: Cubaan Lari Rumah Tak Menjadi, Reaksi Kanak-Kanak Ini Buat Ramai Yang Berdekah
Baca lagi: Tarik Besi Tempat Duduk Belakang Motor Sehingga Terjatuh, Motif Kejadian Tidak Diketahui
Lihat klip durasi pendek reaksi kanak-kanak ini:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@NSZ Bundle: aku kalau ank bising x risau. tau dia okay. tp kalau diam aku kene tgk mesti ada projek dia
@butterflyqu: nasib dia buat dpn cctv tak pasal2 mak yg kena tuduh
@ainiehelmi6674: sbb tu la mak2 ni dulu suara lmah lmbut..ade ank ni auto 1 tmn bole dengar, aduh ank2 ni kdg leh wt jntung mak ggur dbuatnye..
@@Siti Nazir: berdebar jantung… ank2 selagi x besar Gini lah perangai deme…ada je buat kita risau
@Yawa Harun: Time aku masak, klu ank senyap kat depan. Memang aku g tengok. Kadang dia senyap tu, ada lah benda dia buat sepah
@Aqma Reekay : Selalu pesan kat suami, kalau dgr ank minta tlg, kene pergi tgk walaupun masih 3tahun lebih. Penah skali dia jerit “help me ibu, help me baba”
@dianahongdianahon: Budak ni Kalau diam2 tu yg bahaya, Kalau dia nak terjerik pekek kaong biar kn je tu tanda dia selamat
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram