Home K - Pop Kang Daniel Alami Kemurungan, Terpaksa Berehat Seketika Daripada Dunia Seni

Kang Daniel Alami Kemurungan, Terpaksa Berehat Seketika Daripada Dunia Seni

0

PENYANYI Korea Selatan, Kang Daniel mengumumkan untuk berehat seketika dari dunia seni kerana mengalami kemurungan dan gangguan panik (panic disorder).

85

Perkara itu disahkan oleh agensi Kang Daniel iaitu KCONNECT Entertainment dikhabarkan penyanyi itu mengalami masalah kesihatan, lapor Soompi.

“Kang Daniel telah pergi hospital selepas mengalami masalah kesihatan disebabkan sistem imunisasi lemah selain keresahan. Sejurus pemeriksaan terperinci, dia disahkan mengalami kemurungan dan gangguan panik.

“Disebabkan itu, dia perlu fokus kepada rawatan psikoterapi dan pengambilan ubat berterusan,” kata agensinya.

KCONNECT juga memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan perkara luar jangkaan ini.

Agensi itu menjelaskan alasan utama mereka tidak lain mendahulukan kesihatan artis naungan terbabit.

“Kami terpaksa batalkan prarakaman Show Champion yang sepatutnya dibuat hari ini (semalam).

“Dia tidak mampu menjayakan aktiviti seni sekarang dalam keadaan yang normal dan amat sukar untuknya mempromosikan single terbaharunya, Touchin. Ternyata perkara itu hanya tambah memudaratkan keadaannya.

“Kami benar-benar memohon maaf kepada peminat, stesen penyiaran, media dan semua pihak atas berita mengejut ini. Kami akan berbuat sehabis baik untuk memastikan Kang Daniel kembali sihat,” ujar agensi.

Dalam pada itu, agensinya turut meminta semua pihak supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi terhadap berita berkenaan.

“Kami akan memberitahu keadaan kesihatan Kang Daniel dari semasa ke semasa dan diharapkan tiada timbul spekulasi yang boleh memburukkan keadaan,” katanya.

Jom Lihat Apa Kata Netizen:

Pas sorang..sorang…kemurungan…aisyyy…jiwa kosong…cer jmpa DAUD KIM…kot2 blh bg motivate..tarbiah…

Kesian..dia x tau apa yg nak dicari dlm hidup dia..jiwa x pernah tenteram

Dia murung pun duit byk, yg korang tu dah lah murung, duit pun takde. So lantaklah dia nak murung atau mereng pun, kita camni gak.

Banyak org Korea yg bunuh diri Sebb murung..moga ii di jauhkn

Aku lak naik murung baca ramai benor retis K Pop murung aih…jaga2 chor….deme asey murung jer…bunuh diri

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : sinar harian