Pelakon cantik jelita Kang Han Na adalah antara artis popular yang selalu muncul dalam banyak Kdrama hits. Kebiasaannya drama lakonan Kang Han Na berjaya meraih rating tinggi hingga mengangkat namanya dan semakin popular.
Di antara drama popular Kang Han Na yang pernah menjadi fenomenal pada masanya adalah START-UP. Para peminat drama Korea pasti sudah biasa dengan drama ini yang berlatarkan dunia perniagaan. Selain drama tersebut, Kang Han Na pernah membintangi beberapa drama Korea lain yang sangat popular.
Berikut ini adalah enam buah drama popular Kang Han Na yang perlu anda tonton, pelakon jelita ini bakal membuat kemunculan dalam drama terbaru bertajuk Frankly Speaking (2024).
1. MOON LOVERS: SCARLET HEART RYEO (2016)
Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo merupakan drama yang diadaptasi dari sebuah novel popular. Drama ini menceritakan tentang seorang pewaris takhta bernama Wong Soo yang dibawa oleh Lee Joon-gi. Keajaiban berlaku, dia tanpa sengaja bertemu dengan Hae Aeo (IU) terlempar dari era moden ke era Goryeo. Sebenarnya Hae Seo adalah kelahiran semula kehidupannya sebelum ini.
Ketika berada di kehidupan lama Hae Aeo jatuh cinta dengan putera keempat Wang Soo. Tapi kisah cintanya tidak bahagia kerana putera itu perlu pergi meninggalkannya. Kisah cinta tanpa balasan dalam drama ini sangat menyayat hati.
2. FAMILIAR WIFE (2018)
Seorang lelaki yang sudah berkahwin (Ji-Sung) dan mempunyai dua orang anak tidak bahagia dalam hidupnya. Dia mengalami tekanan dan kemurungan, membenci isterinya, dan tidak bahagia dalam pekerjaannya. Dia berfikir, sekiranya dia membuat pilihan yang berbeza di masa mudanya, dia mungkin mempunyai kehidupan yang lebih bahagia. Selepas melalui pintu tol dan tidak dapat mengawal keretanya, dia berada di masa lalu dan boleh mengubah beberapa keputusan tersebut.
Mampu melakukan penjelajahan masa serta pergi dan balik antara masa lalu dan masa kini, dia dapat melihat bagaimana pelbagai keputusannya membawa kesan yang besar di kemudian hari. Namun, adakah dia sendiri boleh memperbaiki hubungan dengan isterinya dan kembali ke masa kini?
3. DESIGNATED SURVIVOR: 60 DAYS (2019)
Designated Survivor: 60 Days merupakan drama remake dari siri Amerika yang pernah meletup di Netflix pada tahun 2019. Walaupun mempunyai jalan cerita yang sama, namun dikemaskan dengan cara berbeza mengikuti budaya dan politik di Korea Selatan. Designated Survivor versi Korea menampilkan cerita tentang permusuhan politik di semenanjung Korea yang memisahkan dua negara, iaitu Korea Utara dan Korea Selatan.
4. START-UP (2020)
Dalam drama yang ditayangkan pada tahun 2020 ini, Seo Dal-mi (Bae Suzy) adalah seorang ahli perniagaan wanita yang sangat bijak dan bercita-cita tinggi. Dia mempunyai cita-cita untuk menjadi ‘Steve Jobs’ di Korea Selatan. Seo Dal-mi menggunakan kebijaksanaannya untuk mencari pendapatan melalui perniagaan yang sedang diusahakan olehnya. Keramahan dan semangat Seo Dal-mi mampu membuatkan rakan sepasukan kagum dan selesa bekerja dengannya.
5. MY ROOMMATE IS A GUMIHO (2021)
My Roommate is Gumiho merupakan drama Korea yang berasal dari cerita legenda dan diadaptasi dari cerita webtoon dengan tajuk yang sama. Drama ini cuba menampilkan legenda tersebut dalam versi moden yang menceritakan kisah romantik Shin Woo-Yeo, musang berekor sembilan yang sudah hidup selama 999 tahun dan ingin menjadi manusia.
Shin Woo-Yeo kemudian bertemu dengan Lee Dam, seorang pelajar yang tidak sengaja menelan manik-manik Woo-Yeo dalam sebuah kemalangan. Kejadian itu kemudian menjadi masalah dan mereka perlu tinggal bersama dalam satu rumah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sejak mereka tinggal bersama, kisah cinta antara dua makhluk ini mula berkembang.
6. BLOODY HEART (2022)
BLOODY HEART mengisahkan tentang kuasa dan cinta yang penuh dengan konflik. Jalan cerita melibatkan Raja Lee Tae terpaksa berhadapan dengan bekas kekasihnya iaitu Yoo Jung. Kang Han Na dalam drama BLOODY HEART membawa watak sebagai Yoo Jung yang merupakan bekas kekasih raja. Dia digambarkan sebagai seorang gadis pintar, berani, dan berjiwa bebas. Namun, kehidupannya berubah sejak bertemu dengan Lee Tae yang ternyata merupakan seorang raja.
Lakonan Kang Han Na memang tidak pernah mengecewakan. Lebih-lebih lagi sejak dia berlakon dalam drama Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo (2016), namanya semakin dikenali secara meluas. Sambil menanti projek terbarunya, tonton dahulu drama-drama popular lakonan Kang Han Na di atas ya!
Baca lagi: “Hijacking”, Filem Korea Berdasarkan Kisah Benar Bakal Tayang Jun 2024 Ini
Baca juga: Masih Ingat Under The Queen’s Umbrella? Ini 9 Projek Kdrama 2024 yang Melibatkan Pelakon-Pelakon Drama Tersebut