Home Entertainment Kang Ho Dong Tolak Jemputan Mengacara Perkahwinan Lee Seung Gi

Kang Ho Dong Tolak Jemputan Mengacara Perkahwinan Lee Seung Gi

0
Kang Ho Dong diberitakan telah menolak permintaan Lee Seung Gi supaya pelakon komedi itu menjadi pengacara majlis untuk majlis perkahwinannya yang akan datang.
Pada 3 Mac 2023, pelakon terkenal Son Ji Chang telah ditemu ramah oleh Ilgan Sports. Son Ji Chang adalah kawan baik pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga itu. Menurut pelakon tersebut, dia menawarkan diri untuk membantu dalam mengatur dan merencana majlis perkahwinan Lee Seung Gi dan Lee Da In yang akan datang.
Lee Seung Gi dan Lee Da In begitu sibuk menjelang perkahwinan mereka sehingga saya menawarkan diri untuk membantu mereka dalam menguruskan majlis perkahwinan sebagai hadiah istimewa buat mereka,”kata Son Ji Chang.

130F2031 79F9 412F 90E9 545788C23FC8

Pelakon itu juga turut berbicara tentang reaksi negatif netizen Korea terhadap perkahwinan pasangan itu. Sejak Lee Seung Gi membuat pengumuman yang menyatakan bahawa pasangan itu akan mendirikan rumah tangga, netizen Korea Selatan tidak habis-habis mengkritik bintang itu kerana mahu mengahwini anak dari keluarga yang penuh kontroversi dan reputasi buruk.
Ini adalah merupakan perkahwinan yang sepatutnya menerima doa dan restu, tetapi akhirnya timbul terlalu banyak salah faham. Ramai orang datang membantu untuk menjadikan perkahwinan ini sebagai satu kenangan indah buat pasangan ini nanti,” Son Ji Chang.

28906027 8C96 4F92 A698 CB9B42A2E9AA

Son Ji Chang juga turut berkongsi mengenai mengapa Kang Ho Dong tidak mahu muncul sebagai pengacara majlis di majlis perkahwinan tersebut. Para peminat agak bingung sewaktu diumumkan bahawa Yoo Jae Suk akan mengambil tugas sebagai pengacara majlis kerana semua orang tahu bahawa Lee Seung Gi lebih rapat dengan Kang Ho Dong.
Sangkaan semua peminat meleset apabila ternyata bukan Kang Ho Dong yang menjadi pengacara majlis pada acara bersejarah tersebut.

2F276F51 590D 467C A7D8 A2C1EE51A904

Tidak ada apa-apa yang akan mencacatkan perkahwinan ini nanti. Sejujurnya, Lee Seung Gi meminta Kang Ho Dong untuk menjadi pengacara majlis, mereka telah bersama sejak KBS’ 2 Days & 1 Night,” kata Son Ji Chang.
Kang Ho Dong menolak untuk menjadi pengacara majlis dan dia menyatakan bahawa dia terlalu pemalu dan dia bakal memberi ucapan selamat untuk pasangan pengantin di upacara perkahwinan tersebut nanti,” kata Son Ji Chang lagi.
Sebelum ini telah diumumkan bahawa Yoo Jae Suk akan menjadi pengacara majlis untuk upacara perkahwinan yang kini menjadi bualan hangat tersebut, Yoo Jae Suk mangambil tugas mengacarakan majlis untuk pusingan pertama majlis.

BBBC60EF 2C49 4869 87AD 96B743C49C8C

Seterusnya sahabat lama dan bekas rakan sepasukan 2 Days & 1 Night Lee Soo Geun akan mengambil alih dan mengemudi majlis untuk pusingan kedua pada hari bahagia tersebut. Penyanyi Lee Juck juga akan turut tampil membuat persembahan pada majlis perkahwinan itu nanti.
Baca Juga: Perjalanan Karier Yoo Jae Suk