Home Anime “Karakter Wanita Dalam Demon Slayer Dah Tak Kesejukan Lagi Bila Masuk China.”...

“Karakter Wanita Dalam Demon Slayer Dah Tak Kesejukan Lagi Bila Masuk China.” – Media Korea

0

Beberapa kostum watak animasi Jepun popular, Demon Slayer telah diubahsuai melalui penapisan yang ketat sejak disiarkan di China, lapor media Korea.

Negara China menguatkuasakan penapisan kandungan termasuk game, animasi dan media sosial. Sebelum ini, pihak berkuasa bahagian kebudayaan China pernah mengharamkan animasi Jepun atas alasan contoh yang tidak baik untuk kanak-kanak bawah umur dan mempromosikan keg4nas4n.

Seorang pengguna laman forum memuat naik situasi kandungan anime ‘Demon Slayer’ yang dieksport ke China. Netizen tersebut menunjukkan perbezaan animasi asal dan versi China.

6 3

Pemakaian kostum versi China berbeza kerana bahagian yang terdedah seperti dada ditutup dan bahagian bawah juga dipakaikan seluar.

9 2

8 2

Siri Demon Slayer 2 disiarkan secara global pada Disember lalu namun baru ditayangkan di China pada Mac tahun ini. Rata-rata netizen China membahas kemungkinan ia disebabkan oleh pemakaian dalam anime tersebut.

  • “Ambil masa lama keluar sebab pakaian.”
  • “Watak berubah jadi sangat konservatif.”
  • “Semua watak wanita pakai tebal-tebal, dah tak takut sejuk lagi.”