Baru- baru ini, seorang ahli AESPA iaitu Karina telah berkongsi satu kisah seram yang pernah dialaminya semasa dia berada di dalam lif bersama Winter.
Oleh sebab kejadian yang berlaku, rakan kumpulannya itu telah menangis dan berasa sangat takut. Apa yang berlaku ini, pasti akan membuat bulu roma anda naik!
Menurut Karina, terdapat satu hari di mana mereka baru sahaja selesai satu sesi rakaman untuk program GOT The Beat dan telah pulang ke bilik pada awal pagi.
Karina dan Winter yang kepenatan itu, menaiki lif untuk balik ke bilik masing-masing. Karina juga memberitahu bahawa bangunan mereka hanya mempunyai lapan tingkat.
Baca lagi: Peminat Seungri Gunakan Kebaikan GD Untuk Kepuasan Mereka Sendiri
Baca lagi: Kerana Jennie BLACKPINK, Syarikat Fesyen Ini Terpaksa Tanggung Akibat Ini
“Pada hari kejadian, semasa kami berdua di dalam lif, terdapat suara pengumuman yang mengatakan tingkat 14,” kata Karina.
Karina menyatakan bahawa peristiwa itu sangat menakutkan. Lif yang mereka naiki terus membuat pengumuman lagi ‘Tingkat 14’ tetapi berhenti agak lama.
Mungkin terdapat kerosakan teknikal daripada lif tersebut tapi hal itu tidak akan dilupai oleh Karina dan juga Winter.
Sumber: [1]