Home Video “Kasihan, Pada Masa Yg Sama Cemburu Dgn Semangat Pakcik GrabFood Ni” -Netizen

“Kasihan, Pada Masa Yg Sama Cemburu Dgn Semangat Pakcik GrabFood Ni” -Netizen

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok hazwanhfiz, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang pakcik yang bekerja sebagai penghantar makanan iaitu GrabFood dengan berjalan kaki sahaja telah menarik perhatian ramai dan ditular baru-baru ini di media sosial. Pemilik akaun ini mengatakan berasa kasihan dengan keadaan pakcik tersebut dan berasa cemburu melihat semangat beliau membuat penghantaran dalam keadaan badannya yang membongkok.

Pakcik ini juga memberi respon ketika disoal oleh seorang lelaki, yang mengatakan bahawa beliau sudah membuat penghantaran di Jalan Kuching, Jalan Ipoh dan Segambut Dalam. Pakcik ini turut mengatakan beliau pergi ke surau untuk mengambil makanan yang disedekahkan untuk berbuka puasa nanti, dan setelah berbuka puasa beliau sambung bekerja semula seperti biasa.

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan berasa sebak melihat badannya yang membongkok sambil bekerja. Ada juga yang memohon maaf kepada pakcik tersebut di mana mereka pernah mengeluh kerana penat bekerja, namun setelah melihat video klip ini mereka sepatutnya bersyukur dengan apa yang ada. Netizen juga mendoakan semoga pakcik ini sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezekinya. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 470K penonton, 35.4K sukaan dan 2146 komen.

Pemilik akaun ini juga menulis kapsyen seperti dibawah:

“Kesian pada masa yang sama cemburu dengan semangat pakcik Grabfood ni”
“Dalam bongkok² dia pun satu KL dia pusing cari rezeki bulan puasa ni.. Moga dipermudah segala urusan beliau”

Lihat klip durasi pendek reaksi pakcik ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Rapid KL: Semoga pakcik sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik

@abang chik: saya nak 10 org je yg mengAminkan doa sy..
“ya Allah kau limpahkan rezeki buat pakcik ini,dan berikan beliau kesihatan yg baik & permudahkn segalanya

@LeyaAzza: “xde rehat, nk solat je rehat” semoga aĺlah gantikan tempat rehat yg sangat indah suatu masa nnt.

@MrHazelnuts: Kalau yg mana rasa susah , bsyukurlah.. sbb ad yg lagi susah dr kita..

@EntahSiapaYangSalah: maafkan sy pakcik sbb selalu mengeluh bila dpt order jauh2 . sdgkn sy patut malu dgn kudrat pkcik yg tk kesah apa pun asalkn ada rezeki

@123456virus: maaf pakcik saya selalu mengeluh pasal kerja saya skg nu

@ShahizatMatJenan: pakcik legend di mont kiara..ramah sgt bila jumpa dia

@Stratosphere: dugaan bagi orang yang tiada pencen, sentiasa kena cari cara untuk buat income

@wifeAO: Ya allah kau rahmatilah pakcik ni..kau berikan syurgamu pada hambamu ini ya allah

@jufriahmad141: Tetiba mengalir air mata……Ya Allah kau permudahkan la segala urusan hambamu ini

@mumtazbeham213: semoga pakcik dimurahkan rezeki yang tidak putus Aamiinn Yarabbil Alamiin

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram