Home Artis Korea Kasper, Koreografer EXO Dibayar Puluhan Juta Won Setiap Bulan

Kasper, Koreografer EXO Dibayar Puluhan Juta Won Setiap Bulan

0

Baru-baru ini, didedahkan sebuah fakta mengejutkan di dunia KPop. Ternyata, bukan hanya bintang idol sahaja yang dibayar mahal tetapi koreografer (jurureka tari) mereka juga mendapat gaji yang lumayan.

Perkara ini telah didedahkan oleh KASPER yang merangkap sebagai koreografer EXO yang ternyata juga mendapat bayaran hingga puluhan juta won setiap bulan. Daebak!

Anggota kumpulan EXO mengaku mengaku terkejut dengan gaji Kasper yang boleh dianggap sangat lumayan tersebut. Anda rasa berapakah bayarannya, ya?

Berikut merupakan gaji Kasper sebagai koreografer EXO didedahkannya di hadapan Suho, jom sama-sama kita lihat!

1. Mengaku gajinya mencapai puluhan juta Won setiap bulan

22ca8841 ffbc 4cbb b473 c38f50182e12
Baru-baru ini, Kasper yang juga dikenali sebagai koreografer dan penari top, mendedahkan gajinya saat tampil dalam program KBS 2TV “Mr. House Husband” pada 22 Julai 2023. Sebagai penari, pemilik nama asal Kim Tae Woo ini dibayar hingga puluhan juta setiap bulan.

Tentunya, gaji tersebut setanding dengan kemampuan Kasper sebagai koreografer yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun. Kemampuannya dalam menari dan mencipta koreografi sudah tidak perlu diragukan lagi.

2. Perbandingan gaji dahulu dan sekarang

50fa8574 adfb 4c80 93e5 df28f17c7d7d
Sebelum dikenali sebagai koreografer profesional, Kasper ternyata bercita-cita untuk menjadi seorang idol. Dalam program itu, dia mengaku menghabiskan tujuh tahun sebagai trainee untuk mempersiapkan debutnya tetapi akhirnya memutuskan untuk menjadi penari.

Pada awalnya gaji bulanan pertamanya sebagai penari hanya 200 ribu Won sahaja. Tetapi hasil kegigihannya dalam menari dan mencipta koreografi, sekarang ini Kasper mengaku telah memperoleh 70 juta Won pada bulan yang lepas.

3. Dipercayai menjadi koreografer EXO untuk lagu “Cream Soda”

Kasper
Dalam program KBS 2TV “Mr. House Husband”, Kasper bukan hanya bercerita mengenai gaji hingga kehidupannya di luar bidang tarian. Dia juga diberi kepercayaan untuk menjadi koreografer untuk tajuk track EXO “Cream Soda” dalam album ketujuh mereka Exist.

Berjaya meraih pendapatan sekitar 70 juta Won sebulan, penonton beranggapan bahawa gajinya tersebut diperolehi melalui kerja koreografinya untuk beberapa orang artis SM Entertainment. Termasuk lagu EXO “Cream Soda” dan hit SHINee “HARD” yang juga identikal dengan gerakan yang sangat catchy.

Baca lagi: The Wedding War, Menang 290 Juta Won Untuk Berkahwin
Baca juga: Lee Junho Dibayar 100 Juta Won Untuk 1 Episod King The Land?