Yoo Jae Suk bagi sedas nasihat yang menyengat kepada para netizen yang kaki kecam, lapor Insight.
Baru-baru ini pengacara ‘How Do You Play?’ itu berinteraksi dengan peminat menerusi siaran langsung YouTube saluran MBC.
Menurut media Korea, Jae Suk sudah berada dalam dunia penyiaran selama lebih 30 tahun dan dikenali ramai sebagai seorang bintang yang hampir tiada haters. Namun mengimbau masa silamnya, dia turut tidak terlepas daripada kritikan semasa awal-awal masuk industri dulu kerana dia dikatakan tidak kelakar.
Melihatkan rakan-rakan sekerjanya dirosakkan oleh komen-komen kecaman, tidak boleh jadi ni lalu dia pun bersuara.
Pada hari kejadian itu, dia bersama rakan-rakan seangkatan dengannya seperti Shin Bong-seon, Jung Jun-ha, Lee Mi-joo dan Haha.
“Sekiranya anda ada sebarang persoalan atau permintaan, tolong komen. Kami akan baca semuanya.” kata Jae-suk memulakan sesi live.
Shin Bong-seon pula tambah, “Kalau kamu cakap benda buruk, saya akan report.” Dia bimbang komen-komen berunsurkan negatif akan timbul.
“Terdapat banyak sebenarnya komen bagus-bagus, namun ada juga terselit komen kecaman. Saya nampak semua itu tetapi tak menjejaskan saya pun. Apabila kamu tinggalkan komen-komen jahat, kamu sebenarnya kena bertanggungjawab.” kata Jae Suk.
“Sekiranya mengatakan sesuatu perkara yang tak sepatutnya, ia mempengaruhi hidup kamu. Kamu kena ingat yang kata-kata buruk itu sentiasa terpantul balik kepada si penuturnya.” ujarnya lagi.