Home New Post “Kau terima Aizril balik siap kau” -Penonton Naik Geram Dengan Watak Aleya,...

“Kau terima Aizril balik siap kau” -Penonton Naik Geram Dengan Watak Aleya, Dalam Drama ‘Andai Itu Takdirnya’

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok aqqiillaah, dan telah ditular baru-baru ini.

Hannah Adlina Blackburne Birch atau dikenali sebagai Hannah Delisha merupakan seorang penyanyi, pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau dilahirkan pada 27 Oktober tahun 1996, berasal dari Singapura. Baru-baru ini namanya kini meningkat naik menerusi lakonannya dalam drama Andai Itu Takdirnya, di mana beliau digandingkan bersama Shukri Yahaya.

Screenshot 2023 05 24 164207

Drama Andai Itu Takdirnya merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Jamal Khan, dibintangi oleh Shukri Yahaya, Hannah Delisha dan ramai lagi. Drama yang ditayangkan di Astro Ria ini telah mendapat sambutan dari penonton, mengisahkan Aleya seorang gadis yang berasal dari keluarga sederhana dan hidupnya penuh komplikasi selepas beliau berkahwin dengan Aizril.

Dalam video klip ini menunjukkan babak lakonan Hannah Delisha yang memegang watak sebagai Aleya, Shukri Yahaya pula melakonkan watak sebagai Aizril. Di mana babak anaknya telah jatuh sakit dan dalam keadaan nazak akibat tidak diendahkan oleh bapanya sendiri. Namun watak Aleya pula buat penonton naik geram kerana beliau masih terima orang seperti Aizril.

Lihat klip durasi pendek babak lakonan Hannah Delisha dan Shukri Yahaya:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Naz 80: Harap2 ending utk drama Andai itu takdirnya mcm drama Rindu kasih (lakonan ummi nazeera dgn izzue islam..baru puas hati..

@Julianna Vie: Tak silap dlm novel ending nya, leeya dan aizril masih bersama sampai cucu cicit cirrit birit

@@syirAmri: Jgn laa ending mcm novel.. Pless laa.. 2x ckop peluang.. Hdup ni xleh peluang byk2

@mizz_achu: tak paham.langsung nape penulis buku ni tergmak wat ending yg mcm.ntah apa2…dlm realiti mana ada org cm aleeya ni…ish2…

@zxmirxzxmri: Xmaaf Xmaaf boleh sorang lagi plak org tua2 kata

@Sai: tolong ya pengarah tukar jangan sampai dia berdua kahwin semula bersama ya…buat laki tu menyesal seteruknya dan merayu melutut

@Pelangi93: dlm novel endingnya tetap diaorg bersama. cuma harap ada plottwist bercerai n bawa diri ..

@crushinggme: mcm ni jela end dia pusing2 cerita haha penat tgok

@aunihasrul: cter siti rosmizah mmg best…tp kbnyakn cternya ending mmg xbest..last2 trima blik

@Asya Maisarah: asal scene aizril ni menyesal mesti rambut gitu geram pulakkk dengn rambut dyeeee

Netizen turut memberi komen mengenai drama ini, mengatakan naik geram dengan watak Aleya yang masih menerima orang seperti Aizril. Ada juga yang mengatakan tidak sabar menunggu episod terakhir drama ini dan mengharapkan kedua-dua watak ini tidak akan bersama lagi. Netizen juga mengharapkan pengakhiran drama ini tidak seperti di dalam novel. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 1M penonton, 56.3K sukaan dan 491 komen.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram