Kemelut yang melanda rumah telangga pelakon, Puteri Sarah Liyana dan pengarah, Syamsul Yusof masih tidak menemui noktah.
Terbaru, Puteri Sarah telah memuat naik sebuah perkongsian di Instagram story pada Jumaat lalu, yang telah menarik perhatian netizen.
Hantaran itu telah menunjukkan perbualan diantara Puteri Sarah dan individu yang identiti dirahsiakan.
Individu itu telah mendakwa bahawa pihak ketiga memberitahu bahawa pasangan ini akan berpisah sekembali nya Puteri Sarah dari umrah pada Mei lalu.
Ketika dihubungi, Puteri Sarah telah menafikan dakwaan itu.Puteri Sarah juga memaklumkan bahawa dia masih memegang status sebagai isteri yang sah.
“Status kami masih suami isteri. Sebenarnya, malas nak komen banyak tapi kalau ini rancangan pihak ketiga, semoga berjaya la.
Memang dari dulu sakan dia bercerita itu ini. Tak taulah apa rancangan pihak sana bercerita menyampaikan dekat orang ramai.”
Sebelum ini, Puteri Sarah telah naik berang setelah anak kepada pelakon veteran, Kazar, iaitu Ira, masih menganggu rumah tangga nya semenjak tahun 2019.
Ditanya mengenai nafkah pula, pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu memaklumkan Syamsul masih melunaskan tanggungjawabnya, dan kerap berjumpa dengan anak-anak.
“Nafkah anak-anak macam biasa memang tak pernah abai. Syamsul ada datang jumpa selalu. Okey saja tak ada masalah.”
Dalam pada itu, Puteri Sarah telah melantik peguam, Datuk Akberdin dari Tetuan Akberdin&Co untuk mengambil tindakan ke atas kes tersebut.
Info terdahulu, Puteri Sarah telah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Sumber: (1)
Baca Artikel Terdahulu: Semoga Cepat Sembuh Bieber!