Baek Jin Hee adalah pelakon wanita yang telah lama menceburkan diri dalam industri seni Korea Selatan. Dia memulakan debut lakonan pada tahun 2009 dan mula aktif membintangi Kdrama serta filem selepas itu.
Selama hampir 15 tahun dalam dunia seni, Baek Jin-hee telah bekerja sama dengan ramai pelakon lelaki dan pelakon wanita yang berbakat.
Berikut ini merupakan sepuluh orang pelakon lelaki terkenal yang pernah bergandingan dengan Baek Jin Hee sepanjang kariernya berlakon dalam Kdrama siri. Siapakah mereka?
1. Baek Jin Hee pernah menjadi ratu dinasti Goryeo yang mendampingi Ji Chang Wook dalam drama siri Empress Ki
2. Kehidupan Baek Jin Hee yang sangat sukar berjaya mengubah pandangan Im Si Wan yang asalnya sangat sombong dan angkuh dalam drama siri Triangle
3. Selain Im Si Wan, Jaejoong yang merupakan seorang ketua geng dalam drama Triangle juga turut jatuh hati pada Baek Jin Hee dan terlibat cinta tiga segi
4. Menyimpan perasaan dan sangat menyukainya, Choi Jin Hyuk dengan senang membantu Baek Jin Hee untuk menjadi pendakwa raya terbaik dalam drama siri Pride and Prejudice
5. Digandingkan dalam drama siri My Daughter Geum Sa Wol, Baek Jin Hee dan Yoon Hyun Min terlibat dengan cinta lokasi dan masih bahagia sampai sekarang!
6. Jung Kyung Ho dan Baek Jin Hee perlu bertahan dan meneruskan hidup di sebuah pulau terpencil selepas terselamat dari tragedi kapal terbang terhempas dalam drama siri Missing Nine
7. Untuk mengatasi traumanya dalam drama Jugglers, Choi Daniel mula tinggal di depan apartment milik Baek Jin Hee yang merupakan setia usahanya
8. Dalam Kdrama Let’s Eat 3, Baek Jin Hee menjadi sebab Yoon Doo Joon menyukai makanan dan mula menulis blog dengan nama Let’ Eat
9. Selepas bermimpi buruk, Baek Jin Hee berusaha mencegah kematian majikannya yang dilakonkan oleh Kang Ji Hwan dalam Feel Good To Die
10. Baek Jin Hee bergandingan dengan Ahn Jae Hyun dalam drama siri The Real Has Come
Walaupun telah mempunyai kekasih hati, Baek Jin Hee tetap tidak pernah gagal dalam membangunkan keserasian bersama pelakon-pelakon lelaki yang bergandingan dengannya. Tentu sukar bukan? Semuanya adalah kerana kebanyakan drama Baek Jin Hee bergenre romantik dan pastinya memerlukan chemistry yang kuat dan mesra.