Home Entertainment Kdrama: 10 Pelakon Wanita Berusia Bawa Watak Utama Kdrama 2023

Kdrama: 10 Pelakon Wanita Berusia Bawa Watak Utama Kdrama 2023

0

Siapakah 10 pelakon wanita berusia bawa watak utama Kdrama 2023? Jom kita semak!

Drama siri Korea Selatan pada awal tahun 2023 banyak diisi dengan Kdrama yang dibintangi oleh artis-artis wanita yang sudah agak berusia.

Salah seorangnya adalah Uhm Jung Hwa yang membuat comeback menerusi drama siri Doctor Cha dan telah berjaya meraih rating tinggi walaupun masih di awal episod.

Kualiti lakonan para pelakon ini tidak perlu dipersoalkan lagi, mereka semua berjaya membawa drama siri lakonan mereka meraih rating tinggi hingga menjadi viral dan trending.

Walaupun sudah berusia, daya tarikan mereka langsung tidak terkalah dengan para pelakon muda dalam memegang watak utama.

Siapakah pelakon wanita berusia yang berjaya memegang watak utama dan membuat Kdrama mereka laris? Jom sama-sama kita lihat senarainya seperti yang di bawah ini:

cd0ec653 f6da 40bb 9c2c 7e1c9047286e1. Uhm Jung-hwa yang merupakan Madonna Korea Selatan kini berusia 54 dan membintangi drama siri popular Doctor Cha yang berjaya meraih rating di atas 16% walaupun masih di awal penayangan.

Uhm Jung-hwa membuat debut lakonannya pada tahun 1992 dalam filem “Marriage Story”. Dia mendapat kemasyhuran dan pujian kritis untuk peranannya dalam filem 1995 “The Marriage Life”, yang mana dia memenangi beberapa anugerah. Dia terus berlakon dalam pelbagai filem dan drama televisyen, menjadikan dirinya sebagai pelakon serba boleh.

dafd1c10 0f03 486c 8f74 15da890582ba2. Drama siri Crash Course in Romance sangat berjaya dengan rating tinggi dan dibintangi pelakon wanita popular iaitu Jeon Do-yeon yang dilahirkan pada 1973, kini sudah berusia 50 tahun.

Jeon Do-yeon terkenal dengan persembahannya yang sengit dan bernuansa, dan prestasinya sebagai pelakon telah dipuji oleh pengkritik dan penonton. Dia juga telah berlakon dalam pelbagai drama televisyen seperti “Lovers in Prague”, “The Good Wife”, dan “Be Melodramatic”. Jeon Do-yeon terus memikat penonton dengan bakat dan komitmennya terhadap krafnya.

24f5b6f5 55de 47e7 823e 82017784eea93. Pakar dalam membawa watak ibu, Ra Mi-ran bergandingan dengan Lee Do Hyun dalam drama siri The Good Bad Mother dan mencuri banyak perhatian! Pelakon ini kini berusia 48 tahun.

Persembahan Ra Mi-ran sering dipuji kerana ketulenan, humor dan perwatakan yang bernuansa. Selain kerjaya lakonannya, dia juga pernah muncul di beberapa rancangan pelbagai dan bual bicara. Ra terus mempamerkan bakatnya dalam pelbagai filem dan drama televisyen dan dianggap sebagai salah seorang pelakon yang serba boleh di Korea Selatan.

b17fb207 cfc1 4256 9c6c 09407f091a8b4. Tidak kalah dengan pelakon-pelakon muda, Lee Bo-young yang lahir pada tahun 1979 berjaya membawa watak wanita berkerjaya dalam kdrama siri Agency dan cemerlang dengan rating yang sangat memuaskan, Lee Bo Young kini sudah berumur 44 tahun

60d53171 a16f 4e2e 83d8 3b10e92718c15. Kim So-yeon menonjolkan bakat lakonannya yang memang hebat dalam drama siri Tale of the Nine Tailed 1938 bersama pelakon kacak Lee Dong Wook dan Kim Bum. Kim So Yeon kini sudah berusia 42 tahun

4e5852ff 9edd 4f61 8209 4c19009ff0b26. Lee Ji Ah, pelakon wanita yang dilahirkan pada tahun 1978 dan kini berusia 45 tahun berjaya membintangi drama makjang Pandora: Beneath the Paradise

21709512 8d84 4aa2 b61a 2a6ba1b52c347. Kembali bergabung dalam satu projek dengan pelakon kacak Jang Hyuk, Jang Na Ra berjaya menonjolkan pesonanya sebagai seorang ibu dan juga isteri dalam drama siri Family: The Unbreakable Bond, siapa sangka Jang Na Ra kini sudah berusia 42 tahun

01a22b5c b63e 4ea7 aa12 5f6dbcb03bbf8. Seterusnya, The Glory yang dibintangi oleh Song Hye Kyo sewaktu dia berusia 41 tahun dan berjaya menjadi pemenang Drama Terbaik di Baeksang Awards 2023

07e66e4f 9ebe 4ede a3ff a2d33356c4149. Kim Hee Ae, pelakon wanita yang pernah memenangi Daesang di Baeksang Awards ini cemerlang membintangi drama siri Queen Maker, iaitu siri original Netflix pada usia 56 tahun

Kdrama Queen Maker Netlifx

10. Pelakon senior yang dilahirkan pada tahun 1974, Moon So Ri juga membintangi Queen Maker bersama Kim Hee Ae. Dia berjaya menampilkan watak wanita berkerjaya dalam bidang politik pada usia 49 tahun kini

Jika anda adalah peminat Kdrama yang mencari kualiti lakonan tanpa memandang umur para pelakonnya, anda wajib menonton drama siri lakonan 10 artis wanita yang kami senaraikan di atas.

Walaupun sudah berusia, mereka masih kekal jelita dan masih lagi relevan dalam dunia seni lakon di Korea Selatan. Mereka menguasai drama yang mereka bintangi dengan pengalaman dan pengaruh mereka dalam industri.

Baca Lagi: Lies Hidden In My Garden Kdrama misteri terbaru tayang 19 Jun Ini

Baca Juga: 3 Kdrama baharu di Netflix pada Jun 2023