Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Kdrama 2 Episod “Our Beautiful Summer” Tayang 14&15 September, Kisah Suka Duka...

Kdrama 2 Episod “Our Beautiful Summer” Tayang 14&15 September, Kisah Suka Duka Remaja

0

Pihak tvN O’PENing muncul dengan drama Korea terbaru yang bertajuk Our Beautiful Summer (2024). Pihak tvN sudah mengumumkan tarikh tayangan untuk drama yang menyaksikan kemunculan Jang Gyu Ri dan juga Kim So Hye ini.

Menariknya lagi, drama Korea ini hanya tampil dengan dua episod sahaja, drama Korea Our Beautiful Summer ini memang sangat dinantikan oleh para peminat setia drama Korea.

Mari sama-sama kita lihat beberapa perkara menarik seperti sinopsis ringkas, senarai pelakon yang terlibat, dan juga tarikh tayangan Our Beautiful Summer (2024) di bawah ini!

1. Sinopsis Our Beautiful Summer

Beautiful summer

Drama Korea Our Beautiful Summer (2024) mengisahkan tentang Choi Yeo Reum, seorang pelajar yang berusia 19 tahun yang tidak mempunyai semangat lagi untuk hidup. Selepas bertemu dengan Ah Reum, Da Woon, dan Woo Ri, hidup Yeo Reum mula berubah perlahan-lahan.

Lebih menarik dan menambah keunikan plot cerita ini, Ah Reum, Da Woon, Woo Ri, dan Na Ra sebenarnya adalah kembar empat atau quadruplets. Tetapi sayangnya, Na Ra, yang merupakan kembar paling muda di antara mereka telah meninggal dunia.

2. Senarai pelakon yang membintangi

Our beautiful summer

Drama Our Beautiful Summer merupakan siri ketiga untuk projek drama tvN yang bekerja sama dengan penulis-penulis baru. Berikut ini adalah senarai pelakon yang membintangi drama ini!

● Jang Gyu Ri sebagai Choi Yeo Reum
● Yoo Young Jae sebagai Na Ah Reum
● Son Sang Yeon sebagai Na Da Woon
● Kim Min Ki sebagai Na Woo Ri
● Kim So Hye sebagai Na Ra

3. Tarikh tayangan dan platform untuk menonton

f19692c6 db2a 4a10 9cac 9e931acbe982Drama Korea ini akan ditayangkan pada tarikh 14 dan juga 15 September 2024 akan datang. Our Beautiful Summer (2024) hanya akan tampil dengan jumlah 2 episod sahaja, serta boleh anda tonton di tvN dan TVING.

Sayangnya, belum ada maklumat jelas adakah drama Korea ini boleh ditonton melalui platform legal yang boleh diakses di Malaysia dan negera-negara Asia Tenggara yang lain. Kemunculan siapakah yang paling anda nantikan?

Baca lagi: 7 Drama Korea Ini Berani Tampilkan Plot Tragis, Buat Penonton Mengamuk
Baca juga: Inginkan Tontonan Ringan dan Santai? 12 Drama Korea Komedi Romantik Ini Tidak Akan Membuat Anda Trauma

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here