Home Artis Korea Kdrama 2023 – 7 Watak Wanita Yang Akhirnya Bahagia Dengan Cinta Pertama...

Kdrama 2023 – 7 Watak Wanita Yang Akhirnya Bahagia Dengan Cinta Pertama Mereka

0

Ban Ji Eum (Shin Hye Sun) dan Yoon Cho Won (Ha Yoon Kyung) adalah dua watak utama wanita dalam See You in My 19th Life. Mereka mencuri perhatian ramai kerana watak kedua-dua wanita ini melawan arus dimana kedua-dua wanita ini memberanikan diri untuk mendekati lelaki-lelaki yang mereka sukai.

Mereka juga berani meluahkan rasa cinta mereka tanpa ragu-ragu walaupun mereka adalah wanita, keberanian mereka ternyata membuahkan hasil. Kedua-duanya mendapat pengakhiran yang sangat membahagiakan dengan jejaka yang merupakan cinta pertama mereka.

Bukan hanya mereka, ramai watak wnaita lain dalam drama siri Korea 2023 yang mempunyai kisah serupa. Semua watak-watak ini mempunyai pengakhiran yang membahagiakan dengan cinta pertama mereka.

Jom sama-sama kita lihat senarai watak wanita dalam kdrama siri Korea 2023 yang mendapat kebahagiaan dengan cinta pertama mereka seperti berikut ini.

1. Ban Ji Eum (Shin Hye-sun) dalam See You in My 19th Life berjuang untuk mencuri perhatian pujaan hatinya yang dia temui di kehidupan ke-18

787137a5 2de1 4bc6 9aab d760cefc0095
2. Setelah perjuangan yang panjang, Yoon Cho Won (Ha Yoon Kyung) dalam kdrama siri See You in My 19th Life berjaya menjalin hubungan cinta dengan lelaki yang dia cintai sejak zaman sekolah lagi

0b87dddf d023 465c b89d a5d7f31c2af2
3. Seo Eun Woo (Kim Hyang Gi) dalam Poong, the Joseon Psychiatrist 2 akhirnya mahu menerima lamaran cinta pertamanya

2d33b5a2 d10b 4ebe 9810 8e981d44726d
4. Dikejar oleh dua lelaki, Nam Hae Yi (Roh Yoon Seo) dalam Crash Course in Romance hanya menerima cinta dari lelaki yang sudah lama disukainya

f2eb8c11 c140 496a 8a57 8f63805f7681
5. Sejak zaman sekolah, Oh Jung Shin (Seol In Ah) setia mencintai hanya seorang lelaki hingga pada pengakhiran kdrama siri Oasis walaupun ramai yang lain mengaku suka padanya

6c9a5761 43a7 492a 9aa6 1b300936dc48
6. Di episod akhir The Good Bad Mother, Lee Mi Joo (Ahn Eun Jin) juga akhirnya bahagia dengan lelaki yang begitu dicintainya sejak zaman remaja

d4e2eb9d 2a39 4162 82bd c6ca0bdfb7a0
7. Yoon Dan Oh (Shin Ye Eun) dalam The Secret Romantic Guesthouse ternyata mempunyai jodoh dengan jejaka kesayangannya yang pernah ditemuinya sewaktu mereka sama-sama masih kecil
Kdrama

Perjuangan untuk mendapatkan cinta sejati bukannya mudah, semua tujuh watak wanita yang tersenarai di atas akhirnya mendapat pengakhiran bahagia dengan cinta pertama masing-masing.

Baca lagi: Kdrama 2023 – 8 Watak Paling Misteri, Menimbulkan Prasangka Buruk
Baca juga: Revenant – Perkembangan Watak Detektif Lee Hong Sae