Kisah kotor dan keji politik tidak luput dari kehidupan sehari-hari, begitu juga dalam Kdrama 2023 daripada Korea Selatan pada tahun ini
Beberapa watak Kdrama 2023 daripada berbagai jenis latar belakang dan juga status sosial juga terlibat dalam urusan politik. Malangnya ramai juga yang menjadi mangsa dan setelah menentang pihak berpengaruh yang mengusai arena politik dan pemerintahan.
Bukan hanya mendapat ancaman ancaman daripada pihak-pihak berkuasa, kehidupan dan nasib setiap karakter dalam Kdrama 2023 ini sering berubah setelah berusaha memperjuangkan hak mereka. Perjuangan mereka amat sukar dan penuh liku.
Berikut ini kami senaraikan beberapa watak dalam drama siri di awal tahun 2023 yang terbukti telah menjadi mangsa kepada kuasa politik. Jom sama-sama kita lihat senarainya seperti di bawah ini:
1. ‘Penghantar’ 5-8 (Kim Woo-bin) dalam Kdrama 2023 Black Knight dituduh sebagai pengganas kerana dia berjaya menghancurkan mesin penghasil pencemar udara
2. Dalam Kdrama 2023 Black Knight, seorang mutan yang menjadi taekbaegisa 5-7 (Kang Yoo Seok) diambil kesempatan oleh pimpinan Syarikat Cheonmyeong
3. Pendakwa raya Park Jun Kyeong (Moon Chae Won) diperangkap dalam permainan kotor rakannya dalam Kdrama 2023 Payback: Money and Power
4. Jin Young Soon (Ra Mi Ran) dan keluarganya hidup diselimuti dendam dalam Kdrama 2023 popular masa kini iaitu The Good Bad Mother
5. Oh Ha Young (Hong Bi Ra) telah memerangkap bakal suaminya sendiri dan menyebabkan bakal suaminya itu kemalangan untuk menyelamatkan jawatan ayahnya sebagai ahli politik dalam Kdrama 2023 The Good Bad Mother
6. Dituduh menjadi rakan subahat pencuri aset budaya, Skunk (Joo Won) yang asalnya adalah adiwira sebenar dalam drama siri Stealer: The Treasure Keeper
7. Anak keluarga bangsawan Min Jae Yi (Jeon So Nee) dalam drama siri Our Blooming Youth dituduh dengan tuduhan berat iaitu membunuh keluarganya sendiri
8. Pewaris takhta yang sah, Lee Seol (Ryeoun) yang melarikan diri sewaktu pemberontakan dituduh sebagai pembelot dalam drama siri The Secret Romantic Guesthouse
Setelah menjadi mangsa politik, semua 8 karakter drama Korea 2023 yang tersenarai tersebut dengan berani melawan musuh-musuh mereka yang sangat berkuasa dan berpengaruh tersebut.
Selain itu, mereka juga menggunakan banyak cara ekstrim dan luar biasa untuk memperjuangkan hak mereka dan merampas semula kepunyaan mereka. Episod balas dendam yang dipaparkan dalam setiap drama siri ini berjaya mencuri perhatian ramai penonton.
Baca Lagi: 7 Filem Korea Berjaya Ke Festival Filem Cannes 2023
Baca Juga: 9 Kdrama Paling Mahal Pernah Dibuat