Home Kdrama/Kmovie Kdrama 2023: 8 Pelakon Ini Bawa watak Polis, Penuh Bergaya

Kdrama 2023: 8 Pelakon Ini Bawa watak Polis, Penuh Bergaya

0

Watak-watak dalam sesebuah drama siri memang selalunya akan menjadi salah satu daya tarikan bagi para penonton selain jalan cerita yang memang dinantikan.

Salah satu watak yang kerap membuat penonton jatuh hati dan fokus menunggu episod baru setiap bulan adalah watak pegawai polis yang gagah dengan seragam polis sambil membawa senjata.

Beberapa orang pelakon ini berjaya membawa watak polis dalam Kdrama yang mereka bintangi. Siapakah mereka? Jom sama-sama kita lihat barisan pelakon gagah yang membawa watak sebagai polis dalam drama siri yang ditayangkan pada tahun 2023 ini.

 

Kdrama1. Moon Jang Yeol (Lee Min Ki) adalah detektif yang dipindahkan bertugas ke Kampung Mujin untuk menyelesaikan kes pembunuhan dalam drama siri Behind Your Touch

 

031c267b 45ad 48ab 99d3 5360ce429c4b2. Detektif Jin Ho Gae (Kim Rae Won) dibantu oleh anggota bomba dan paramedik untuk menghadapi kes kejahatan dalam The First Responders

def83cce 15cf 43f6 9865 9d4e06c4ea783. Eun Jae Won (Park Sung Hoon) diturunkan pangkat ke Balai Polis Namchon dalam Not Others. Dia perlu bekerja sama dengan polis setempat

 

b0d8f9c4 8da6 47c7 ac71 f9e32a747f8b4. Dalam The Killing Vote, Kim Moo Chan (Park Hae Jin) adalah polis yang mencari Dog Mask, watak misteri bertopeng yang membuka undian untuk membunuh para penjahat yang terlepas dari hukuman undang-undang

 

f4fb7824 0d88 4956 850b b75b683b88bf5. Polis Kang Hee Sik (Ong Seong Wu) sedang menyiasat kes penyeludupan dadah bersama seorang gadis dari keluarga yang mempunyai kuasa luar biasa dalam Strong Girl Nam Soon

 

7298cd7d 7c0b 4c00 8890 2be0ee00e6846. Han Doo Jin (Kwon Sang Woo) adalah seorang pegawai polisi di Balai Polis Sungai Han. Dia merupakan seorang yang pemarah namun penuh dengan sifat keadilan dalam diri dalam Kdrama Han River Police

 

9da81aba 5d57 4ef2 b3f0 137a72514f96

7. Dalam The Worst Of Evil, Park Joon Mo (Ji Chang Wook) adalah seorang polis yang ditugaskan untuk menyamar dan menyusup ke dalam kumpulan jenayah sindiket dadah

 

52aca6df ac2c 406e b45c 048547e4a5d78. Terbaru adalah Nam Joo Hyuk, dalam drama siri Vigilante, dia membawa watak sebagai Kim Ji Yong, seorang polis yang mempunyai dua kehidupan kerana masa lalu yang sangat menyakitkan

Para pelakon yang tersenarai di atas telah berjaya membawa watak polis dengan baik dalam Kdrama yang mereka bintangi. Jadi adakah anda sudah bersedia untuk menyaksikan Nam Joo Hyuk dengan seragam polis dalam Vigilante?

Baca lagi: 7 Kdrama Terbaru November 2023, Ada Vigilante dan My Demon
Baca juga: Vigilante: Nam Joo Hyuk dan Yoo Ji Tae Berjaya Bawa Watak Seperti dalam Webtoon