Home Artis Korea Kdrama 2023 – 8 Watak Paling Misteri, Menimbulkan Prasangka Buruk

Kdrama 2023 – 8 Watak Paling Misteri, Menimbulkan Prasangka Buruk

0

Kang Min Gi (Lee Chae Min) adalah salah satu watak pelakon pembantu dalam kdrama siri See You in My 19th Life. Dia mempunyai aura misteri dan selalu berjaya membuatkan para penonton berteka-teki dan berprasangka buruk apabila wataknya muncul.

Dengan status profesor di sebuah kampus, dia bekerja sambilan di kedai demi untuk mendekati watak utama Kdrama ini. Sampai episod terakhir, baru terungkai identiti sebenar watak yang misteri ini.

Termasuk watak Kang Min Gi, ada ramai lagi sosok misteri di berbagai-bagai kdrama siri untuk tahun 2023 ini. Contohnya barisan watak berikut ini. Di antara mereka, ada yang memang terbukti jahat. Namun ada juga yang ternyata baik sebenarnya.

Jom sama-sama kita lihat lapan watak dalam kdrama siri 2023 yang berjaya membuatkan para penonton bersangka buruk tentang mereka.

 

Kdrama

1. Sejak awal kemunculannya dalam See You in My 19th Life, Kang Min Gi (Lee Chae-min) tampak sangat mencurigakan. Ternyata, dia mempunyai kaitan dengan tragedi yang terjadi kepada watak utama

 

2380c58b f2bd 4b22 82b6 c25e0f3a507d

2. Muncul hanya beberapa saat sebelum credit title, Lee Jun Ho sebagai cameo dalam Celebrity sangat misteri hingga menimbulkan bermacam-macam teori

 

a43e89ed 3540 46dc a6d9 0d99432599a4

3. Sejak episod awal Lies Hidden in My Garden, Park Jae Ho (Kim Sung Oh) yang menyimpan rahsia memang mencurigakan. Dia ternyata merupakan villain yang sebenarnya!

 

cd17e018 fdaa 4a60 9a30 eaa5614b0706

4. Baek Hee Seop (Lee Won Jung) merupakan salah seorang suspek pembunuhan dalam drama siri My Perfect Stranger, rupa-rupanya dia langsung tidak bersalah

 

b60921ba d40f 4bc3 8cef d8eb203b04ac

5. Sim Yeong (Kim Woo Seok), cameo dalam Our Blooming Youth, pada awalnya disangka mempunyai niat jahat. Faktanya, dia adalah mangsa manipulasi villain utama dalam Kdrama tersebut

 

5c1057ba 5d46 4793 ac97 e4c376b9efbd

6. Sikap suka menyendiri Lee Hui Jae (Kim Tae Jung) membuatnya disyaki sebagai villain dalam Crash Course in Romance. Padahal, dia adalah seorang saksi penting

 

e3e4ada4 e0a3 4fb2 a9d1 27094bddbfb2

7. Yul (Kim Sung Oh) menjadi cameo dalam drama siri Island. Kerana misterinya watak yang dibawanya telah membuatkan drama siri ini diharapkan melanjutkan musim ke 2!

 

46b9e7e3 1abd 4de8 a8a4 bc22294313b5

8. Di episod awal The Good Bad Mother, Choi Kang Ho (Lee Do Hyun) juga disangka sebagai watak jahat dan anak derhaka. Padahal dia hanya pura-pura demi untuk membalas dendam

Di awal kemunculan mereka, semua watak yang tersenarai di atas berjaya memancarkan aura misteri dan mencurigakan. Tidak hairanlah para penonton bersangka buruk terhadap watak mereka. Walaupun begitu, di pengakhiran cerita, terbukti bahawa tidak semua watak yang tersenarai merupakan watak jahat.

Baca lagi: 10 Watak Kdrama 2023 Yang Dipinggirkan Rakan Sekerja
Baca juga: Kdrama 2023 – 8 Watak Wanita Hidup Sebatang Kara