Keluarga sering disebut sebagai pemberi semangat dalam hidup dan penyokong setia untuk ramai orang. Namun, perkara itu tidak dapat dirasakan oleh segelintir individu yang hidup sebatang kara tanpa adanya keluarga. Ramai dari mereka pun hidup kesepian hingga menjadi seseorang yang dingin.
Keadaan tersebut juga muncul dalam drama Korea. Contohnya adalah Joo In Hae (Won Ji-an) dalam kdrama siri Heartbeat. Sejak usia muda, dia telah kehilangan ibunya dan putus hubungan dengan ayahnya yang tidak diketahui keberadaannya. Perkara itu membuatnya bekerja keras mencari wang demi memenuhi keperluannya sehari-hari.
Begitu juga dengan beberapa watak wanita lain dalam kdrama siri tahun 2023 ini. Ada yang hidup sendiri setelah kehilangan keluarga dan ada juga yang langsung tidak dipedulikan oleh keluarga. Jom kita lihat kisah mereka di bawah ini!
1. Ayahnya menghilang, Joo In Hae (Won Ji An) menjadi seseorang yang obses untuk mencari wang demi bertahan hidup dalam kdrama siri Heartbeat
2. Sewaktu hendak mendirikan rumah tangga, Min Jae Yi (Jeon So Nee) telah kehilangan seluruh keluarganya dan bahkan dituduh sebagai pembunuh keluarganya dalam Our Blooming Youth
3.. Do Ha Na (Kim Se Jeong) mempunyai sikap yang dingin kerana masa lalunya yang menyaksikan kematian keluarganya dalam kdrama The Uncanny Counter 2
4. Tidak mempunyai keluarga, Kang Yoo Ra (Jang Na Ra) telah bertemu organisasi jahat yang melatihnya menjadi pembunuh dalam Family: The Unbreakable Bond
5. Sama juga dengan Oh Cheon Ryeon (Chae Jung An) kdalam drama siri Family: The Unbreakable Bond. Dia juga hidup sebatang kara tanpa keluarga
6. Walaupun masih mempunyai ibu, Moon Dong Eun (Song Hye Kyo) tidak dipedulikan oleh ibunya hingga dibiarkan hidup seorang diri dalam drama siri popular The Glory
7. Selepas kematian ayahnya, Oh Jung Shin (Seol In Ah) memilih untuk bekerja untuk melunaskan hutang keluarga dalam drama siri Oasis
8. Ayahnya mati di depan mata, Ko Hae Soo (Jang Hee Jin) semakin tertekan setelah menemui ibunya bunuh diri dalam drama siri Pandora
Kehidupan yang dijalani oleh setiap watak yang tersenarai di atas membuatkan para penonton belajar bersyukur atas kehidupan mereka yang lebih baik. Setiap watak menunjukkan betapa sukarnya untuk bertahan hidup seorang diri tanpa adanya keluarga yang memberi sokongan.