Nama Chun Woo-hee kini sedang meniti di bibir para peminat Kdrama hasil lakonannya sebagai Lee Ro Um dalam Kdrama Delightfully Deceitful (2023) yang boleh di strim melalui Viu Malaysia.
Membawa watak sebagai seorang gadis yang genius dalam Kdrama “Delightfully Deceitful”, hidupnya penuh dengan memori luka dan menyakitkan. Lee Ro Um telah disumbat ke penjara sewaktu berusia 18 tahun atas tuduhan membunuh kedua-dua orangtuanya sendiri.
Setelah 10 tahun menjadi banduan, nama baiknya perlahan-lahan pulih kerana dia merupakan mangsa dalam tuduhan sebelum ini, dalam erti kata lain, mahkamah tersalah memberi hukuman.
Setelah keluar dari penjara dan selama tempoh percubaan, Lee Ro Um yang telah kehilangan kesempatan untuk meraih cita-cita selama ini telah memilih untuk menjadi penipu.
Dalam dunia Kdrama, bukan hanya Lee Ro Um yang menjadi watak penipu. Terdapat beberapa watak lain yang melakukan perkara yang sama. Siapakah mereka dan apakah yang menyebabkan mereka menjadi penipu? Jom sama-sama kita lihat senarai di bawah ini:
1. Lee Ro Um (Chun Woo Hee) menggunakan kepintarannya untuk menipu, demi menegakkan keadilan dalam drama siri terbaru Delightfully Deceitful (2023)
2. Kim Hye In (Lee Eun Saem) suka berpura-pura kaya dengan bergaya dan mengenakan barangan berjenama milik muridnya dalam drama siri Bitch x Rich (2023)
3. Ko Mi Sook (Ji Hye Won) mencuri karya kawannya dan meraih kejayaan sementara demi untuk mendapatkan penghargaan dan kasih sayang ibunya dalam drama penuh misteri My Perfect Stranger (2023)
4. Demi misi balas dendam untuk para mangsa ketidakadilan, Ahn Go Eun (Pyo Ye Jin) melakukan berbagai penyamaran dan penipuan dalam drama siri Taxi Driver 2 (2023)
5. Dalam Kdrama The Forbidden Marriage (2022-2023), Ye So Rang (Park Ju Hyun) berpura-pura menjadi bomoh, agar dibebaskan daripada penjara oleh raja
6. Lee Yu Mi (Bae Suzy) adalah lepasan sekolah menengah yang berjaya menjadi profesor di sebuah universiti terkenal, dia menggunakan identiti yang dicuri dalam drama siri Anna (2022)
7. Dalam drama siri Love in Contract (2022), Choi Sang Eun (Park Min Young) adalah chaebol yang lebih memilih untuk hidup biasa dengan menawarkan khidmat isteri kontrak
Watak-watak yang tersenarai di atas menjadi penipu dengan berbagai-bagai alasan sebab. Ada yang menipu demi kebaikan, ada juga yang menipu demi kejahatan dan ego sendiri. Watak protagonis juga kadang kala melakukan penipuan demi sebuah idealisme yang sedang diperjuangkannya.
Tentu sahaja para penonton akan merasa berdebar-debar sewaktu setiap karakter melakukan aksi penipuan, apatah lagi jika penipuan mereka hampir-hampir terdedah.
Watak penipu dalam Kdrama mana satukah yang paling anda suka?
Baca lagi: 12 Watak Protagonis Kdrama Berakhir Tragis
Baca juga: 9 Pelakon Korea Ini Kerap Bawa Watak Doktor