Kdrama apakah yang mempunyai watak wanita diraja yang hidup diluar istana? Dan siapakah mereka?
Setelah berjaya berlakon dalam Twenty-Five Twenty-One (2022), Bona kembali menyapa para peminatnya melalui kdrama bersiri Joseon terbaru Attorney: A Morality.
Dalam kdrama bersiri tersebut, dia melakonkan watak sebagai seorang puteri diraja yang bernama Lee Yeon Ju. Namun, sejak kematian ayahnya, dia tinggal di luar istana dan membantu rakyatnya yang miskin.
Dalam banyak Kdrama siri saeguk, terdapat beberapa watak wanita diraja yang lain yang pernah tinggal di luar istana kerana pelbagai alasan dan sebab sama seperti Lee Yeon Ju.
Apakah yang membuatkan mereka melakukan perkara itu? Jom sama-sama kita lihat senarainya seperti yang di bawah ini:
1. Penyakit amnesia membuatkan Puteri Pyeonggang (Kim So Hyun) perlu tinggal di luar istana dalam Kdrama bersiri River Where the Moon Rises (2021)
2. Lahir sebagai anak kembar, Puteri Yeon Hee (Kim Sae Ron) telah dibuang oleh ibunya sewaktu masih bayi kerana satu sumpahan dalam drama siri Mirror of the Witch (2016)
3. Selain itu, Lee Seo Yi (Woo Da Vi) juga pernah tinggal di luar istana untuk mengejar lelaki yang disukainya dalam drama siri Poong the Joseon Psychiatrist 2 (2022)
4. Akibat dilarang mempunyai anak kembar, Dam Yi (Park Eun Bin) terpaksa dibesarkan di luar istana dalam drama siri The King’s Affection (2021)
5. Sejak kematian ayahnya, Puteri Lee Yeon Ju (Bona) mula tinggal di luar istana dengan menyembunyikan identitinya yang sebenar dalam drama siri Joseon Attorney (2023)
6. Manakala Puteri Deokman (Lee Yo Won) pula terpaksa membesar di luar istana kerana lahir sebagai anak kembar dalam drama siri The Great Queen Seondeok (2009)
7. Membesar di luar istana, Seol Nan (Seo Hyun Jin) langsung tidak tahu bahawa dia adalah merupakan anak raja dalam drama siri The King’s Daughter, Soo Baek Hyang (2013)
8. Menjadi puteri raja pada zaman moden, Lee Jae Shin (Lee Yoon Ji) pernah tinggal di luar negara untuk menyambung pelajaran dalam drama siri The King 2 Hearts (2012)
Kehidupan ahli keluarga diraja pada umumnya penuh dengan kemewahan dan keseronokan di dalam istana. Namun, semua itu tidak dapat dirasakan oleh setiap watak wanita diraja yang tersenarai di atas kerana mereka hidup di luar istana.
Terdapat beberapa orang daripada mereka tinggal di luar istana kerana terpaksa, namun ada juga yang melakukannya kerana keinginan sendiri.
Baca Lagi: 8 Dugaan Shi Yeol, The Secret Romantic Guesthouse