Home Kdrama/Kmovie Kdrama Baru 2023: 8 Pelakon Kacak Korea Bujang Bawa Watak Suami

Kdrama Baru 2023: 8 Pelakon Kacak Korea Bujang Bawa Watak Suami

0

Song Kang akan membuat kemunculan dalam Sweet Home Musim 2 tidak lama lagi. Namun, dia terlebih dahulu menemui para peminatnya melalui Kdrama My Demon bersama Kim Yoo Jung.

IMG 2095

Dalam Kdrama “My Demon”, dia membawa watak iblis yang kehilangan kuasanya. Insiden itu juga membuatkannya terpaksa menjalin hubungan perkahwinan kontrak dengan manusia.

Adegan perkahwinan ini adalah cabaran baru bagi Song Kang. Tambahan pula, dia belum pernah berkahwin dan belum mempunyai pengalaman berlakon sebagai seorang suami dalam projek yang dibintangi sebelum ini.

Sama juga dengan pelakon lelaki Korea lain yang juga membawa watak suami dalam Kdrama siri Korea terbaru 2023 berikut ini:

 

Kdrama1. Disiarkan pada 24 November, Song Kang membawa watak sebagai iblis yang melalui perkahwinan kontrak untuk mendapatkam kembali kuasanya dalam drama siri My Demon

 

1f10e7d6 8b9f 4dda 84c7 f59ae73f578d2. Selepas 6 tahun berlalu, Son Ho Jun bekerjasama kembali dengan Jang Na Ra sebagai pasangan suami isteri dalam drama siri My Happy End. Dia sangat mengutamakan keluarganya

 

c28f70d9 a2cf 4099 806c 775ea33bd3223. Membawa watak berganda, salah satu watak Kim Young Dae adalah seorang bangsawan yang dibunuh oleh isteri tercintanya dalam drama Moon in the Day

 

1f2eca80 699e 4185 9376 872daf8b899b4. Merupakan menantu raja yang malang, Ro Woon menjadi duda kerana kematian isterinya tepat selepas melakukan upacara perkahwinan dalam drama The Matchmakers

 

f627677c 3dfb 4b06 815d ddc91dc6a00b5. Baru sahaja melabuhkan tirai baru-baru ini, Ji Chang Wook menjadi pegawai polis yang mengintip sindiket dadah dalam drama The Worst of Evil. Ji Chang Wook juga berlakon sebagai seorang suami yang penuh dilema dalam cerita ini

 

edad2d05 e7f9 4008 8e5a 9ac2c9f8bd1f6. Drama yang sangat berjaya, Jo In Sung merupakan ejen NIS yang boleh terbang dalam Moving. Hubungan istimewa dan romantik antara dia dan Han Hyo Joo mencairkan hati ramai peminat

 

5d9d2c98 47a6 4c2a 9a41 e3e62d99a5fd7. Merupakan cucu konglomerat, Bae In Hyuk terjerat dengan perkahwinan kontrak untuk memenuhi keinginan datuknya dalam The Story of Park’s Marriage Contract

 

ca20c3da 67c3 4f40 b587 4e9df78c3fc18. Dipilih untuk membawa watak pembantu, Kim Mu Jun melakonkan watak Putera Mahkota yang telah berkeluarga dan mempunyai seorang anak dalam My Dearest Part 2

Watak suami dalam Kdrama siri baru pada tahun 2023 ini merupakan satu tugasan sukar dan cabaran tersendiri buat para pelakon bujang Korea yang tersenarai di atas. Walaupun mereka belum berkahwin, mereka berjaya memberikan bayangan berkesan mengenai kehidupan suami isteri dalam drama siri Korea yang mereka bintangi.

Baca lagi: Yang Hyun Suk dari YG Entertainment dijatuhkan hukuman penjara
Baca juga: 8 Fakta Watak Seo In Guk dalam Kdrama Akan Datang ‘Death’s Game’