Home Kdrama/Kmovie Kdrama Baru “Death to Snow White: Black Out” Tampilkan 4 Pelakon Terkenal,...

Kdrama Baru “Death to Snow White: Black Out” Tampilkan 4 Pelakon Terkenal, Adaptasi Novel Jerman

0

Death to Snow White: Black Out merupakan salah sebuah drama baru yang akan ditayangkan pada 16 Ogos tahun 2024 ini. Drama ini merupakan adaptasi dari novel popular dari Jerman bertajuk Snow White Must Die (2010) karya Nele Neuhaus. Kisah tentang misteri pembunuhan yang melibatkan pelajar sekolah tetapi ada satu perkara yang pelik iaitu mayat mangsa pembunuhan hilang tanpa jejak.

Kdrama Death to Snow White ini diarahkan oleh Byun Young Joo dan penulis skrip adalah Seo Joo Yeon. Genre yang ditampilkan adalah thriller yang dibaluti kisah misteri yang menambah suasana tegang setiap kali menontonnya.

Sebelum menonton Death to Snow White, mari sama-sama kita lihat senarai pelakon dan watak-watak mereka dalam drama Death to Snow White: Black Out berikut ini.

 

1. Byun Yo Han

Death to Snow White
Drama ini merupakan projek lakonan ketiganya selepas Uncle Samsik dan Following. Dia membawa watak sebagai Ko Jung Woo, waktu itu dia masih berusia 19 tahun dan sedang bersedia untuk masuk ke Fakulti Perubatan di sebuah universiti terkenal.

Tapi insiden mengejutkan menimpa Jung Woo, dimana dia dituduh sebagai suspek kes kematian dua orang rakan perempuan sekelasnya di Bandar Muchon. Jung Woo yakin dia tidak melakukan pembunuhan itu kerana dia langsung tidak mengingatnya, bahkan mayat mangsa juga tiba-tiba hilang begitu saja.

Selepas menjalani hukuman selama 10 tahun, Jung Woo kembali ke kampung halamannya. Dia sebenarnya berniat mahu meninggalkan tempat tersebut dan memulakan hidup baru, tapi banyak kejadian aneh kembali terjadi. Jung Woo terlibat dengan detektif yang berusaha menyiasat kesnya 10 tahun lalu.

 

2. Ko Jun

52443e46 8968 4440 ab47 c2299ae26e49Ko Jun membawa watak sebagai No Sang Cheol. Dia merupakan detektif elit yang berhubung dengan Jung Woo. Sang Cheol merupakan lulusan terbaik dari akademi polis terkenal. Dia juga mempunyai kerjaya yang cemerlang sebagai polis di ibu pejabat.

Tapi sebuah kejadian telah mengubah hidupnya secara menyeluruh. Pada hari perkahwinannya, Sang Cheol mengetahui bahwa bakal isterinya dibunuh secara brutal oleh individu misteri. Kejadian trauma ini membuatkan hidup dan kerjayanya turut hancur. Bahkan Sang Cheol diturunkan pangkat ke Balai polis di Muchon.

Di bandar tersebut Sang Cheol mendapati banyak perkara yang turut memberi kesan pada hidupnya. Salah satu perkara mengejutkan adalah insiden pembunuhan yang terjadi 10 tahun lalu, dia kembali menyiasat kes Jung Woo.

 

3. Go Bo Gyeol

Death to snowGo Bo Gyeol membawa watak sebagai Choi Na Kyeom. Drama ini menandakan kemunculan semula Go Bo Gyeol selepas dia muncul kali terakhir pada tahun 2023 melalui drama The Heavenly Idol. Kali ini, Go Bo Gyeol membawa watak berbeza dengan genre drama yang berbeza dari sebelum ini.

Watak Choi Na Kyeom digambarkan sebagai kawan sekelas yang sama dengan Jung Woo. Sejak dulu lagi, Na Kyeom sudah menyukai Jung Woo dan perasaannya tidak berubah walau lelaki tersebut masuk penjara. Dia selalu menyokongnya hingga Jung Woo dibebaskan. Na Kyeom berharap dia dapat memulakan sesuatu yang baru lagi dengan Jung Woo.

 

4. Kim Bo Ra

Kdrama
Dalam drama Death to Snow White: Black Out, Kim Bo Ra membawa watak sebagai Ha Seol yang merupakan seorang pelajar perubatan. Dia memutuskan untuk mengambil cuti dan mengembara ke beberapa wilayah.

Akhirnya Ha Seol berada di bandar Muchon. Dia merasa ada sesuatu yang membuatnya perlu tinggal di bandar tersebut, Ha Seol cuba tinggal di sana. Dia juga bekerja sambilan di beberapa buah restoran untuk mengisi masa sambil bercuti. Ha Seol juga mempunyai kaitan dengan kes yang terjadi pada Jung Woo.

Drama Death to Snow White: Black Out merupakan salah sebuah drama yang dinantikan. Lebih-lebih buat buat anda para peminat kisah thriller yang dibaluti misteri, drama ini bakal menampilkan ketegangan di setiap episod. Jadi, pastikan anda tidak ketinggalan ya!

Baca lagi: 14 Kdrama 2024 ini Hanya Mengandungi 12 Episod Sahaja, Ringkas dan Padat
Baca juga: 13 Filem Diraja Korea, Penuh Aksi, Skandal dan Tipu Daya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here