Romance in the House (2024) merupakan pentas yang menyaksikan kemunculan Byeon Moo Jin dan Choi Minho. Drama Korea ini menggantikan tayangan drama Miss Night and Day (2024) di JTBC.
Buat anda yang masih teragak-agak untuk menonton drama ini, mari sama-sama melihat ulasan tentang drama Korea Romance in the House (2024) di bawah ini! Adakah berbaloi untuk ditonton ataupun tidak?
Peringatan: Artkel ini mengandung spoiler!
1. Sajikan lakonan hebat dari pelakon-pelakon generasi yang saling melengkapi
Romance in the House (2024) menyajikan lakonan hebat dari pelakon pelbagai generasi. Lakonan yang disajikan oleh Ji Jin Hee, Kim Ji Soo, Son Na Eun, Minho, dan Yoon San Ha saling melengkapi.
Penonton akan disajikan dengan kisah cinta yang matang antara Byeon Moo Jin (Ji Jin Hee) dan Geum Ae Yeon (Kim Ji Soo) yang sudah bercerai. Keserasian gandingan antara Byeon Mi Rae (Son Na Eun) dan Byeon Hyeon Jae (Yoon Sang Ha) sebagai adik beradik yang selalu bergaduh memeriahkan lagi suasana.
Dua tahun menyepikan diri dari dunia lakonan drama Korea, Choi Minho membawa watak sebagai Nam Tae Pyeong yang dianggap snagat baik hati oleh para penonton. Penonton juga menantikan kisah asmara antara Nam Tae Pyeong dan Byeon Mi Rae.
2. Sesuai bagi anda yang menyukai drama keluarga yang dibaluti romantik komedi
Drama Korea ini sesuai untuk anda yang menyukai drama keluarga. Premis yang disajikan memang sangat umum, tapi jalan ceritanya sangat segar dan menarik untuk diikuti.
Romance in the House (2024) menyajikan genre komedi romantik yang dibaluti sedikit kisah misteri. Penonton akan pasti tertanya-tanya tentang kisah hidup Byeon Moo Jin selama dia menghilangkan diri dan menjadi kaya raya.
Selain itu, adegan komedi yang disajikan mengembalikan ingatan penonton tentang drama-drama Korea di era 2010-an. Kolaborasi sudut pengambilan gambar, pergerakan kamera, suntingan, kesan suara, dan juga lakonan para pelakon menjadikan drama ini satu pakej lengkap untuk ditonton.
3. Romance in the House tayang 12 episod di Netflix
Drama Korea ini ditayangkan setiap hari Sabtu dan Ahad di JTBC dan boleh juga ditonton secara atas talian di Netflix.
Mempunyai rating 13+, drama Korea ini boleh anda tonton bersama keluarga di hujung minggu. Jika anda ingin binge-watch selepas semua episod ditayangkan, anda hanya perlu menunggu enam minggu lagi.
Romance in the House (2024) sangat sesuai untuk anda yang menyukai drama keluarga yang diwarnai komedi dan romantik. Buat yang sudah menonton drama ini, bagaimana pendapat anda? Adakah drama ini berbaloi ditonton ataupu tidak?