Akhirnya Kdrama yang ditunggu-tunggu para peminat telah ditayangkan di Netflix. Gyeongseong Creature menampilkan kisah manusia yang berhadapan dengan makhluk mengerikan yang lahir dari nafsu serakah manusia sendiri. Park Seo Joon dan Han So Hee diberi kepercayaan sebagai pelakon utama drama ini yang juga menampilkan banyak adegan aksi.
Baca lagi: Penjelasan Episod Akhir Gyeongseong Creature Part 1, Semua Belum Berakhir
Pada bulan Disember 2023 ini, terdapat juga Kdrama siri yang membawa genre aksi yang juga menunjukkan aksi bela diri dari para pelakon yang membintangi drama-drama tersebut.
Berikut ini merupakan dua belas orang pelakon lelaki Korea yang berjaya menampilkan adegan aksi yang memukau dalam Kdrama siri pada bulan Disember 2023 yang mereka bintangi.
1. Baru membuat kemunculan kembali dalam dunia lakonan, Park Seo Joon tampil dengan berbagai-bagai adegan aksi melawan makhluk mengerikan dalam drama Gyeongseong Creature
2. Masih dalam drama Gyeongseong Creature, Jo Han Chul membawa watak sebagai ayah Han So Hee yang bekerja sebagai detektif untuk mencari isterinya yang hilang
3. Membuat kemunculan dalam dua buah drama Korea, Song Kang tampilkan adegan bela diri sebagai iblis dan separuh raksasa dalam drama My Demon dan Sweet Home 2
4. Menjadi setia usaha Bae In Hyuk, Jo Bok Rae juga merupakan pakar seni bela diri untuk melindungi majikannya dalam drama The Story of Park’s Marriage Contract
5. Tampil dalam dua drama Korea, watak Jang Dong Yoon dalam drama Like Flowers in Sand adalah seorang ahli gusti genius yang berniat untuk bersara awal
6. Merupakan second lead, Lee Si Woo membawa watak sebagai pelajar sekolah yang terkenal sebagai seorang remaja yang handal bertarung dan sangat ditakuti oleh kawan-kawannya dalam Boyhood
7. Masih dalam drama yang sama iaitu Boyhood, Im Si Wan membawa watak sebagai pelajar sekolah yang selalu dibuli di sekolahnya. Namun, dia belajar seni bela diri untuk balas dendam pada para pembulinya
8. Membawa watak sebagai pembunuh upahan, Jang Seung Jo digambarkan sebagai pakar seni bela diri yang melakukan apa-apa sahaja untuk pelanggannya dalam Death’s Game
9. Pada mulanya dia ingin menjadi petarung seni bela diri, Lee Jae Wook meringkuk dalam penjara untuk menggantikan orang demi duit dalam Death’s Game
10. Tubuhnya dimasuki raksasa, Lee Jin Wook berubah menjadi jahat dalam Sweet Home 2. Dia juga turut menampilkan adegan aksi
11. Manakala, Jung Jin Young membawa watak sebagai bekas atlet besbol yang kini bekerja sebagai tentera dalam drama Sweet Home 2
12. Dalam drama yang sama juga iaitu Sweet Home 2, Kim Moo Yeol juga merupakan seorang pegawai tentera yang kelihatan sangat dingin. Dia sebenarnya berjuang habis-habisan untuk melindungi rakan-rakan sekerja dan juga rakyat jelata
Adegan aksi yang ditunjukkan oleh para pelakon Korea di atas membuktikan bahawa mereka memang memberikan komitmen 100% semasa melakonkan setiap babak yang diberi. Bukan itu sahaja, kebanyakan mereka sanggup belajar seni bela diri dari pakar bela diri sehingga benar-benar mahir. Pada pendapat anda, penampilan siapakah yang berjaya membuatkan anda terkesan?