Home News Kdrama Doona! 8 Sikap Negatif Lee Doo Na

Kdrama Doona! 8 Sikap Negatif Lee Doo Na

0

Watak Lee Doo Na (Bae Suzy) dalam drama siri Doona! merupakan watak seorang bintang idol KPop dari kumpulan Dream Sweat yang sangat terkenal.

Ketika sedang membuat penampilan di sebuah acara penting, Lee Doo Na pengsan sewaktu sedang membuat penampilan diri. Perkara mengejutkan itu sangat memberi kesan pada kerjayanya dan membuatnya menyepikan diri buat sementara waktu.

Lee Doo Na adalah seorang wanita yang mempunyai keperibadian baik dan menyenangkan. Namun, terdapat beberapa sikap negatif yang dimilikinya.

Berikut ini adalah lapan sikap negatif Lee Doo Na dalam drama siri Doona! ini yang tidak patut ditiru dan diikuti oleh sesiapa pun.

 

5f0489c5 685a 49c2 a6f6 82ee86b8e9b6
1. Sewaktu masih aktif dalam kegiatan kumpulan KPop, Lee Doo Na enggan bergaul bersama anggota kumpulan yang lain sehingga timbul salah faham dan masalah komunikasi

 

62d0ae22 5ac8 4dc6 b0da 56af73d1d71b
2. Kerana menjadi tarikan utama dan ingin selalu sempurna, tanpa disedari Lee Doo Na lebih menonjol dah membuatkan rakan dalam kumpulannya merasa cemburu

 

b9a70314 f019 40dd 9a9d 7e971af1e22f
3. Dia juga selalu mendapat layanan baik dan dianggap sebagai anak emas dan sejak dari kecil sudah rapat dengan Pengarah Park In Wook

 

6e366cc2 0aa6 48e3 b963 4ac9d185cab6
4. Semenjak menyepikan diri, dia menjadi seorang perokok tegar. Perkara itu juga terjadi kerana dia terikut-ikut dengan kebiasaan Park In Wook

 

7683a4a5 31c1 4098 8a73 9a8d66fb7eaf
5. Akibat merasa cemas yang berlebihan, sewaktu pertama kali bertemu dengan Lee Won Jun dia bersikap acuh tak acuh dan menuduhnya sebagai sasaeng tanpa bukti

 

Lee doo na
6. Sebelum berkawan dengan Won Jun, dia juga selalu mengganggu dan mengikutinya. Bahkan, dia melakukan apa-apa sahaja sesuka hatinya dan bersikap sangat egois

 

Lee do na
7. Dia juga suka masuk ke bilik Won Jun tanpa kebenaran. Selain itu, dia suka mengarah Won Jun untuk berada disisinya tanpa ingin dibantah

 

Doona
8. Sewaktu menjalin hubungan cinta dengan Won Jun, dia selalu meninggalkannya dan pergi bersama Park In Wook atau memilih kerjaya berbanding kekasihnya dan tidak peduli tentang perasaan Won Jun

Mempunyai sikap negatif membuatkan Lee Doo Na menjadi orang yang egois. Walau begitu, masih banyak sikap positif yang dapat anda pelajari dari wataknya. Semoga dapat dijadikan pengajaran ya!

Sudahkan anda tonton kdrama Doona! ini?

Baca lagi: Penjelasan Ending Arthdal Chronicles 2, Adakah Perang Sudah Berakhir?
Baca juga: Usia Sebenar 10 Orang Pelakon Doona! Masing-Masing Tidak Jauh Beza Umur