Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Kdrama Komedi “Marry You” Bakal Menggeletek Hati Anda 9 November Ini

Kdrama Komedi “Marry You” Bakal Menggeletek Hati Anda 9 November Ini

0

Selepas berjaya membuatkan para penonton geram, sakit hati dan juga ketawa tanpa henti melalui watak antagonisnya dalam drama Korea popular yang hits iaitu Marry My Husband.

Kini pelakon yang sudah dikenali ramai, Lee Yi Kyung bakal membuat kemunculan lagi melalui drama Korea bergenre komedi romantik terbaru yang bertemakan perkahwinan yang berjudul Marry You.

Marry you

Kali ini, Lee Yi Kyung tampil sebagai lelaki bujang dari sebuah kampung terpencil yang memandang sebuah perkahwinan sebagai tujuan hidupnya yang perlu dicapai.

Lalu bagaimakah agaknya sinopsis drama Marry You dan bilakah drama Korea komedi romantik ini akan ditayangkan? Mari kita semak penjelasan di bawah ini.

1. Sinopsis drama Marry You

Marry

Marry You merupakan drama komedi romantik yang mengikuti kisah romantik Bong Chul Hee, seorang lelaki bujang dari pulau terpencil Cheongdo. Dia dikenali sebagai seorang lelaki yang sangat baik hati dan sangat rajin kerana dia sanggup melakukan pelbagai pekerjaan di kampungnya sambil membesarkan dua orang anak saudaranya.

Namun kehidupan Bong Chul Hee tiba-tiba sahaja berubah selepas pertemuannya dengan Jung Ha Na, seorang pegawai kerajaan yang berpangkat tahap 7 dalam perkhidmatan. Bong Chul Hee kini memandang perkahwinan sebagai tujuan hidupnya yang perlu dicapai walaupun sebenarnya Jung Ha Na sendiri sudah nekad untuk terus hidup membujang.

2. Senarai pelakon drama Marry You

Get Married YOU

Dalam teaser yang baru sahaja dilancarkan, Lee Yi Kyung dalam babaknya terus berjaya menggeletek hati para penonton dan mengundang tawa kerana penampilan lucunya sebagai Bong Chul Hee yang khusus dengan rambut keriting dan fesyen yang sangat ketara.

Termasuk Lee Yi Kyung, berikut ini adalah senarai pelakon drama Get Married YOU.

● Lee Yi Kyung sebagai Bong Chul Hee
● Jo Soo Min sebagai Jung Ha Na

3. Tarikh tayangan drama Marry You

Lee yi kyung

Bersama-sama dengan pelancaran teaser baru-baru ini, pihak penerbitan drama Marry You juga telah mengumumkan tarikh tayangan perdana di Channel A iaitu pada 9 November 2024 yang akan datang.

Bagaimana? Anda sudah bersedia untuk menonton lawak jenaka dari Lee Yi Kyung yang mengundang tawa melalui wataknya sebagai Bong Chul Hee?

Baca lagi: Latar Belakang Lee Yi Kyung “Gwenchana” Yang Mengejutkan
Baca juga: 5 Kdrama Bertemakan Gangster Yang Jatuh cinta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here