My Perfect Stranger masih meninggalkan teki-teki untuk para penonton!
Drama siri Korea My Perfect Stranger (2023) baru ditayangkan di platform layanan streaming Viu. Drama siri yang dibintangi oleh Kim Dong-wook dan Jin Ki-joo ini membawa para penonton kembali ke suasana tahun 1987 yang penuh warna warni.
Mengisahkan tentang usaha Yoon Hae Joon (Kim Dong Wok) untuk merungkai kes pembunuhan bersiri di Kampung Woojung, drama siri ini menyimpan banyak teka-teki.
Berikut merupakan 5 teka-teki penuh misteri yang paling utama dalam drama siri My Perfect Stranger yang akan membuatkan anda tertanya-tanya dan tidak senang duduk. Jom sama-sama kita lihat:
1. Asal-usul mesin waktu yang berbentuk kereta
Episod pertama menunjukkan Yoon Hae Joon yang menemui sebuah kereta aneh dengan pintu terbuka. Di dalam kereta itu terdapat sebuah buku manual pengguna yang menyatakan bahawa kereta itu adalah mesin waktu.
Tidak diketahui dari mana asal usul kereta tersebut, siapa pemiliknya, dan mengapa kereta itu berada di sana.
Setelah menemui kereta tersebut Yoon Hae Joon cuba melakukan pengembaraan waktu. Dia kemudian mengetahui bahawa pada tahun 2022, setahun dari masa kini dia akan meninggal dunia.
Kereta itu yang mengawal pencarian Yoon Hae Joon terhadap kes pembunuh bersiri di Woojung-ri yang memang berkait dengan kematiannya.
2. Kes pembunuhan bersiri di Woojung-ri
Sebuah kes pembunuhan bersiri terjadi di Kampung Woojung pada tahun 1987. Hampir tidak ada bukti yang dapat memberi sebarang petunjuk. Namun Ko Min Soo (Kim Yeon Woo) dijadikan kambing hitam dan didapati bersalah, walaupun dia tidak pernah mengakuinya.
Pada tahun 2022 Yoon Hae Joon menghilang. Di kawasan dia menghilang, terdapat kesan darah miliknya dan juga sekotak mancis. Tiga fakta tersebut membuatkan Yoon Hae Joon membuat anggapan bahawa dia telah menghilang atau mungkin juga meninggal dunia.
Anehnya kotak mancis seperti ini juga menjadi bukti penting dalam kes Woojung-ri pada tahun 1987. Perkara ini membuatkan Yoon Hae Joon melakukan pengembaraan waktu. Dia nekad mahu merungkai apa sebenarnya yang terjadi pada tahun 1987.
3. Apa yang terjadi kepada ayah Baek Yoon Young
Pada tahun 1987 sewaktu Baek Yoon Young (Jin Ki Joo) bertemu ayahnya, dia melihat seorang pemuda yang ceria, bersemangat dan sihat. Sangat berbeza sekali dengan ayahnya yang kini yang sangat tidak bertanggung jawab, pentingkan diri dan mempunyai kecacatan di kakinya. Apa yang terjadi kepada ayah Baek Yoon Young juga merupakan salah satu misteri dalam drama siri My Perfect Stranger.
4. Misteri disebalik penulis Ko Mi Sook
Baek Yoon Yong adalah editor kepada penulis Ko Mi Sook (Ji Hye Won) pada tahun 2021. Pada tahun 1987 Baek Yoon Yong melihat beberapa baris tulisan karya pertama Ko Mi Sook pada buku ibunya, Lee Soon Ae (Seo Ji Hye). Perkara ini membuatkan Baek Yoon Young tertanya-tanya, apakah Ko Mi Sook yang selama ini dikaguminya sebenarnya telah mencuri hasil karya ibunya?
5. Kesan pengembaraan waktu
Pengembaraan waktu selalu pasti meninggalkan kesannya tersendiri. Perubahan kecil pada masa lalu boleh menimbulkan kesan yang mengubah masa depan.
Dengan apa yang dilakukan oleh Yoon Hae Joon dan Baek Yoon Young pada tahun 1987, pastikah masa depan juga berubah?
Perubahan ini menjadi misteri tersendiri dalam drama siri My Perfect Stranger.
Benarkah perubahannya akan membuatkan masa depan kedua-dua watak utama lebih baik ataupun menjadi lebih buruk? Lagi pula dengan fakta bahawa Ko Min Soo pada tahun 2021 mengetahui pengembaraan waktu yang dilakukan oleh Yoon Hae Joon.
Memang sangat menarik jalan cerita drama siri My Perfect Stranger. Perlahan-lahan dua watak utama ini akan menemui jalan dalam merungkai kebenaran yang terjadi pada tahun 1987. Sudahkah anda menonton My Perfect Stranger? Jika belum pastikan anda jangan terlepas dari menontonnya ya!
Baca Lagi: 10 Kdrama Baharu Yang Akan Ditayangkan Mei 2023
Baca Juga: 5 Kdrama Baharu Yang Akan Ditayangkan Jun 2023