Home Artis Korea Kdrama Netflix 2023, 7 Watak Protagonis Dengan Nasib Yang Memilukan

Kdrama Netflix 2023, 7 Watak Protagonis Dengan Nasib Yang Memilukan

0

Ahn Jun Ho (Jung Hae-in) merupakan watak utama drama siri Kdrama Netflix, D.P. musim 1 dan 2. Watak ini digambarkan mempunyai banyak nasib malang dalam hidupnya.

Kdrama netflix

Nasib malang menimpanya di kehidupannya di luar dan juga sewaktu dia menjalani latihan ketenteraan wajib sebagai anggota pasukan DP yang bertugas menangkap tentera yang melarikan diri dari tugas.

Pada tahun 2023, ada banyak watak dalam berbagai-bagai Kdrama Netflix yang mempunyai banyak masalah hidup yang sukar dan agak aneh. Salah satu watak tersebut adalah Ahn Jun Ho. Semua watak ini berjaya membuatkan para penonton menangis berderai air mata.

Jom sama-sama kita lihat senarai watak protagonis dengan kisah hidup yang tragis dan masalah hidup yang malang dalam drama siri Netflix tahun 2023 ini.

 

2da48ff9 8020 4099 a40a d74fee843ab6
1. Bukan hanya mempunyai ayah yang toksik, perjalanan kehidupan Ahn Jun Ho (Jung Hae In) semasa melakukan latihan ketenteraan wajib juga sangat sukar sehingga dia terpaksa memendam trauma dan rasa bersalah dalam Kdrama D.P. 2

 

637c0377 4f66 4e83 b666 e1d8a14d00ff
2. Walaupun kariernya sebagai pelakon sangat berjaya, Nam Kang Ho (Yoo Teo) dalam Love to Hate You mempunyai kisah tragik selepas dikecewakan oleh cinta pertamanya

 

bda9ae2f 40c3 40e9 82d3 4f3c0eef372e
3. Kim Geon Woo (Woo Do Hwan) pernah mengalami kepayahan dan kesukaran selepas ibunya berhutang dengan lintah darat yang kejam dalam Kdrama Bloodhounds

 

d71e0766 1b5a 470f 8181 23c9ed05b03b
4. Joo Yeo Jeong (Lee Do Hyun) memendam trauma dan dendam pada psikopat yang membunuh ayahnya dalam siri Kdrama Netflix The Glory part 2

 

f958f7a6 7588 4d86 9d0e c235c8f411a4
5. Kehidupan rumah tangga Ha Do Yeong (Jung Sung Il) yang kelihatan sangat bahagia akhirnya kandas jua setelah terungkai bahawa isterinya adalah pembuli kejam dalam drama siri popular siri Kdrama Netflix, The Glory part 2

 

c5831b05 bf6e 4636 9518 76e68e666773
6. Dalam situasi distopia sewaktu bumi kekurangan oksigen, Yoon Sa Wol (Kang Yoo Seok) dalam siri Kdrama Netflix Black Knight kehilangan orang-orang tersayang

 

2d9619df c2e6 40fd 9e4b 257fe0f6b18d
7. Han Jun Kyung (Kang Min Hyuk) telah ditinggalkan dan dikecewakan oleh kekasih hatinya yang memilih lelaki lain dalam Kdrama Netflix Celebrity

 

Semua watak yang tersenarai di atas berasal dari latar belakang yang berbeza-beza. Namun semuanya mempunyai kisah hidup yang sangat memilukan. Saksikan kisah sedih mereka dalam Kdrama Netflix yang tersenarai tersebut ya!

Baca lagi: Arthdal Chronicles: The Sword of Aramoon Tidak Tayang di Netflix?
Baca juga: 5 Filem Seram Thriller Netflix, Dari Kisah Benar Juga Ada