Home Kdrama/Kmovie Kdrama Thriller Misteri ‘No Way Out: The Roulette’, Tayang Julai 2024 Ini

Kdrama Thriller Misteri ‘No Way Out: The Roulette’, Tayang Julai 2024 Ini

0

Pihak produksi drama Korea terbaru yang bertajuk No Way Out: The Roulette telah mengumumkan barisan pelakon mereka.

Kdrama siri bergenre misteri dan thiller ini akan dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal termasuk, Jo Jin Woong, Yoo Jae Myung, Kim Mu Yeol, Yum Jung Ah, Sung Yoo Bin, Greg Han, Lee Kwang Soo dan Kim Sung Cheol.

No Way Out: The Roulette akan diarahkan oleh Choi Gook Hee yang berjaya mengarahkan filem Default (2018), Life Is Beautiful (2022) dan Split (2016).

“No Way Out: The Roulette” ialah drama akan datang yang menceritakan kisah survival pertarungan sengit di antara mereka yang ingin membunuh dan mereka yang ingin bertahan hidup, di tengah-tengah situasi di mana hadiah wang bernilai 20 juta won menjadi habuan untuk membunuh seorang penjahat kejam yang dibebaskan dari penjara.

No Way Out: The Roulette dibarisi pelakon-pelakon terkenal!

No way out

Watak utama bernama Baek Joong Sik dalam drama ini pada asalnya dirancang untuk dilakonkan oleh pelakon mendiang Lee Sun Gyun, tetapi dia menarik diri daripada projek ini kerana tuduhan dadah dan meninggal dunia.

IMG 6370

Rentetan itu, pelakon Jo Jin Woong mengambil alih watak utama. Bae Joong Sik ialah seorang detektif yang ditugaskan untuk melindungi seorang penjenayah terkenal bernama Kim Gook Ho, lakonan Yoo Jae Myung.

IMG 6371

Kim Gook Ho adalah bekas banduan yang kini menjadi sasaran hukuman mati negara selepas 13 tahun dipenjarakan.

Watak utama lain termasuk mereka yang cuba menggunakan tawaran pembunuhan awam untuk tujuan mereka sendiri

IMG 6368

Kim Moo Yeol memegang watak Lee Sang Bong, wakil undang-undang dan peguam Kim Gook Ho. Didorong oleh cita-cita untuk mencapai kejayaan dalam dunia yang korup ini, Lee Sang Bong menawarkan diri untuk menjadi peguam Kim Gook Ho.

IMG 6369

Yum Jung Ah memainkan watak Ahn Myung Ja, Datuk Bandar Hosan yang bermuka dua. Dia mengalami keruntuhan kerjaya politiknya, tetapi melihat Kim Gook Ho sebagai harapan terakhirnya dan memutuskan untuk mengambil kesempatan daripadanya.

IMG 6372

Sung Yoo Bin memegang watak Seo Dong Ha, anak kepada Kim Gook Ho. Dia seorang pemain biola berbakat yang berasa terbeban dengan stigma sebagai anak pembunuh.

IMG 6373

Greg Han akan berperanan sebagai Mr. Smile, seorang pembunuh upahan berpengalaman dan kejam yang datang ke Korea untuk membunuh Kim Gook Ho. Menariknya, ini akan menandakan debut pertamanya dalam drama Korea.

IMG 6374

Lee Kwang Soo akan melakonkan watak Yoo Chang Jae, seorang penyembelih yang ingin mendapatkan ganjaran wang yang besar dengan membunuh Kim Gook Ho.

IMG 6378

Akhir sekali, Kim Sung Cheol memainkan watak Sung Joon Woo, seorang paderi muda yang mempunyai pengaruh besar terhadap orang di gerejanya.

Kdrama siri No Way Out: The Roulette ini pasti dinanti-nantikan oleh para peminat setia. “No Way Out: The Roulette” akan ditayangkan di U+Mobile TV pada bulan Julai. Nantikan ya!!

Sumber: Soompi

Baca lagi: 6 Drama Korea ini Tonjol Kisah Cinta Tiga Segi yang Bukan Toksik, Perjuangan Cinta Sebenar
Baca juga: 7 Perkara Menarik Tentang Watak Lee Min Ki dalam Kdrama Baru “Crash”, Genre Penyiasatan Komedi